sebenarnya masa cari2 resepi pulut tai tai ari tu terpandang lah pulut bangkok ni kat Myr, cantik sesangat, menggoda tp x de pisang lak nak buat. pernah makan kuih ni x tau lak nama dia pulut bangkok. dijual dalam pack kecik yang comel membuat kita terasa sangat nak mencubanya. mmg sedap dengan manis pisang dan kelapa sira, juga lemak pulut tu sendiri mmg mengujakan…. bila semalam g pasar benda pertama dicari tulah pisang nangka untuk nak buat kuih ni.dan pagi ni dengan segeranya membuat kuih ni.....
resepinya kak rose amik dari Myr oleh citarasawan, terimakasih ya share resepi ni.... dan kak rose nak sharekan resepi tu kat sini lak... tima kasih sekali lagi.
Bahan-bahan ( 20 biji )
- Bahan A
- 500gm beras pulut
- 300ml air 100ml santan pekat (KARA)
- Pewarna hijau
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan
- 5 biji pisang nangka atau pisang tanduk
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
1 biji kelapa parut putih
1/4 teh garam
1 helai daun pandan
Cara-cara
- Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
- Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
- Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
- Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
- Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
- Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
- Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.
- Kaedah Kedua : Pulut dikukus hingga masak. Lapik loyang empat segi dengan daun pisang atau plastik. Letak pisang ditengah dan gulung dgn kemas. Bagi kaedah ni pisang hendaklah dikukus dahulu sebelum digulung dengan pulut tadi lupa nak bagitau nanti makan pisang mentah pulak! he he
34 comments:
kak rose.saya suka kueh ni..halal kan resepinya ya kak..sedapnyaaaaa
mokwo panggey nih kuih dakap pisang...memang kuih favourite mokwo!!! pulut, pisang n sira kelapa..satu kombinasi yg memang sedap tak hingat!
cantiknya....
rajin betul kak rose ni tau.. lawa n sedap tu..bahan ada kat rumah ni..tapi nak menyiapkan bahannya tu..adehh malas bebenor..hehe
salam kak rose...
Cam best je kuih ni...husband cek mesti suka kuih2 cam gini...cek amik resepi dululah ya...tq2 kongsi resepi....:)
baru tau nama kuih ni...tahu makan jer sblm ni...hehehe...kuih ni cantik...mcm memangil2 utk makan...^^
saya pernah makan, tapi tak pernah buat.
Kalau buat sendiri...puashati kan kak :)
cun melecun!! nak seketul k.rose :)
Anim, kita share2 resepi yg sedap nih!
mokwo, kuih dakap tu len sikit kot... bungkus n dakapkan dua2 pas tu ikat... ad penah wat jugak dulu...
izah, dah ada bahan leh la mencuba!
Izan, kak rose pun baru tau jer... bila tengok gambo teringat penah makan tp masa tu x tau nama pun!
cik cek, ya kita kongsi2 kan resepi ni... selamat mencuba.
kasih, kalau ramai yg nak makan mmg berbaloi buat sendiri....puas ati lagi.
Nor, kalau tengok tuan resepi tu buat lagi la terguda gitu!
Salam Kak Rose, ya ampun .......pagi-pagi dah bikin Ratna ter-kempunan lagi!! Aduh ..wahai jelita sungguh hidangan manisan Kak Rose hari ini, mempersona-kan hati mata tengok menatap itu pisang dengan pulut, kemas, tertip, menawan cantik-jelita hasil kerja tangan Kak Rose. Ratna pujiiiiiii Kak Rose dengan tingginya kerana geram hanya dapat menatap-kan sahaja!!
Mengapa Ratna jauh !!! nak berjiran dekat dengan Kak Rose, Ratna tatap-kan itu pulut pisang bangkok (asal-usul origine dari Thailand ke?) lamaaaaaaa banget!! geram ..pasti enak di-ngap dan menambat hati mengadap-nya ya Kak Rose, dimakam masih suam pasti yummy!!
Salam manis manis madu.
mas tak pernah makan lagi pulut gini..
sedappnya tengok...
cantik jerk pulut tu berposing...
pernah mkn dolu2.....tp buatnya tak reti..hihi..nnt leh try..*amboi bnyk benor nak try yer..*
salam kak ros
sdp ni kalau dimkn time bulan posa..suka sagat resepi yg ada pulut dn pisang nak try gak le
Salam kak ros....
sedapnya kak, lama tak makan. kat kg baru pun ada tp tak sedap sgt. kat kelate lagi sedap
uwaaa cantiknya pulut bangkok ni...teruja melihatnya..masuk list dululah...bilalah nak wat ni...kalau boleh nak mkn je, malas nak buat..leh ke gitew....kih3..
Ratna, jangan puji2 sangat nnti kembang hidung semua... hihihi... tu pun tengok gambar dari resepi asal..
asal kuih ni x pasti tp gitu namanya... mmg sedap dimakan hangat2. manis
Mas, rasa seakan pulut dakap sbb ada pisang tu... yg lainnya cuma salut ngan kelapa kat luar tu!
Anna, x pe nnti ada masa leh la mencuba... panjang ya list dah? pelan2 k
Sheila, time x posa lagi leh makan berulang2... selagi x abes!
eira, jual nyer mmg cam tu la sbb nak untung banyak kan... semua menda dikurangkan asalkan nampak cantik...
penah makan kat Bangkok, asal kuih ni dari sana ke?
Yatie, cantik dan sedap pd yg suka pulut n pisang... kenyang pun ya jugak!
lawa ler kak..salin respi dulu yer...nk ke pasar tani, beli pisang dulu....see u
wah bestnya g pasar tani... macam2 ada kan...
sedapnya nampak..wane pun cantik
Bestnyer. Ada lagi tak?
cantik dh tentu sodapkan..:)
norlie, sedap sila la mencuba nnti...
Sam... tinggal bekas je.
kha, ore kelate mesti tau kuih ni kan...
Post a Comment