Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 7, 2011

Labu air lagi...

salam dan selamat tengahari..... panas sungguh cuaca diluar tu kan... kalau dok kat office tu lain ler, dalam ekon mana nak rasa panas kan. tp yg duk dalam rumah ni kipas kiri kanan atas segala berpusing pun masih teras bahangnya.... lapisan ozon dah menipis? entah ler kurang paham lak benda2 cenggini... yang tau tersangatlah berbahangnya duk dalam rumah ni... x kan nak duk dalam bilik memanjang kan.... bil api beratus2 kang sapa nak bayo lak? pernah sampai 300++ sebulan, bising le tukang bayo bil tu.... adoiiii!

untuk mengurangkan kepanasan apa kata makan sayur2 yang macam sup ni jer.... labu air tumis bersama suhun, dan kak rose tambahkan fucuk dan carrot munger2 kasi cantik... biar berselera nak mengadapnya. banyakkan kuah dan hirup..... slruppppp ahhh best! yalah sendiri masak sendiri pujila kan... boleh gitu?... panas2 ni terasa sangat nak minum cendol lak.... mana nak bli ni? nak buat sendiri santan lak x de. adoyaiii sekali lagi!

13 comments:

kasihredha said...

cantik le carrot tu akak potong..
mmmm...sedapnya cendol,tetiba teringin nak makan cendol jugak :)

anymz said...

baru masak labu air ni dua hari lepas..musim panas masak air2 ni memang sedap kan kak?..ada pulak sambal ikan,memang le terangkat di buatnya.hehe

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, pagi-pagi dah buat Ratna tersenyum lagi, suka dengan cara lawakan bersahaja dari Kak Rose, jadi rindu dengan tanah-air sebab disini tiada siapa yang ada boleh Ratna bersembang mesra bercakap di-bahasa melayu kita, kempunan lagi! Tak ada orang melayu di-sini yang ada pun orang china kerakyatan Malaysia tapi-nya bercakap dengan mereka kena ber-Queen's english yang berterabur dan ter-lintang pukang gaya bahasa english-nya, nak buat macam-mana Kak Rose ..terima aje-lah..

Panjang-kata, lagi sekali ingin Ratna me-muji-puji masakan hidangan Kak Rose hari ini, yang Ratna adore-kan ialah cara Kak Rose me-deco-kan hidangan labu air berteman dengan taburan pepper itu sungguh tampak menyelera kan lagi, bravo Kak Rose walaupun tampak simple tapi menawan sungguh maka itu Ratna pasti kan berkunjung selalu di-blog Kak Rose - menarik dan menyelera kan walaupun dipandang segitu.

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

kasih carrot tu cutter yg potongkan... cantik ler. mmg best kan kalau dapat cendol panas2 cenggini!

Kak Rose said...

Anim, kak rose pun makan dengan sambal ikan bilis tumbuk...

Kak Rose said...

Ratna, boleh saja kita nyembang kat sini...cakap melayu, cakap jawa, english berterabur pun ok jugak... asalkan dapat bersembang...

sayur labu yg simple dimusim panas mmg sedap... salam manis jugak dari kak rose...

cik cek said...

kak Rose...menu cam gini kalau makan waktu2 tengahari memang best sgt...tang menghirup kuahnya tula yang best...slurp...emmm...sedapnya.....:)

Kak Rose said...

cik cek... kadan2 menu simple cenggini lebih menyelerakan... masak pun senang dan ngap pun laju jer!

Arizakiah said...

Saya tak suka labu air tapi kalau air cendol memang tersangat suka..he..he..he..

Kak Rose said...

Arizakiah... mmg musim panas ni asik teringatkan cendol jer... sedapnya dapay minum yg sejuk2. nyaman gitu!

Yat Maria said...

Happy Mothers Day Kka Rose!..ishhh berkenan pulak kita kat pulut tai2 tu :)

Kak Rose said...

Same to u Yat... kalau cam tu kena buat nih!

norlie said...

selamat hari ibu.........