Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 19, 2011

Popia goreng


popia goreng untuk minum petang... punyalah banyak inti sayur ni kak rose buat, tapi kulit popia pulak x cukup.... tu yang buat isi banyak2.... jadilah popia yang beso gedabak n gumuk2. sekata dengan tuan yang buatnya!
inti sayur ppopia ni kak rose cnp dari Myr oleh mieqa_chubby... rasa manis2 sbb ada sengkuang dalam tu, dan kak rose tambah kubis sikit... sedap, tq ya. tp kak rose x buat sos tu. inti yg lebih tu kak rose nak buat karipap sayur lak...

Bahan-bahan ( 30 biji )
  • 30 keping kulit popiah
  • sebiji lobak merah(carrot)
  • sebiji ubi sengkuang(agak2 besar penumbuk)
  • 6 ekor udang hidup(saizL) @ udang kering (kak rose guna udang segar, cincang halus)
  • sedikit garam (option)
  • untuk sosnya:
  • 2 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit perahan air limau nipis
  • untuk hiasan: sedikit daun bawang dan bawang goreng

Cara-cara

  1. keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering)
  2. lobak merah dan ubi sengkuang dipotong memanjang (dimayang halus)
  3. udang hidup di goreng garing dan ditumbuk @ udang kering ditumbuk setelah dibasuh bersih
  4. semua bahan inti di gaul rata dan ditambah sedikit garam
  5. untuk sosnya:semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak...bahan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
  6. pastu boleh ar mula buat gulungan..bila dah siap,goreng dengan api yang kecil.bila dah siap,boleh ar sapu sosnya n hias dan siap untuk dihidangkan....
  7. rasa sekali nak lagi tau....best sangat...

8 comments:

hani said...

tok tok tok ...assalamuallaikummmmm
kak roseeeeeee, ada lagi tak popia nye??? nak banyakkk...ngeeeeeee

kasihredha said...

popia ni makanan kegemaran anak2 . Kalau bulan puasa buat banyak2 simpan dalam frezer...nak makan tinggal goreng saja.
Tapi popia kak rose cantik le.

Kak Rose said...

hani... alamak! terlambat suda...

Kak Rose said...

kasih, kak rose pun sama... tp klai ni x sempat nak freeze kan sbb buat sikit jer... kulit x cukup. ni baru pas buat karipap sayur dengan inti yg berlebihan tu!

tun_telani said...

sedappnyerrr... lama tun x mkn popia. husben tun x suka, tun pun xbuat laa. kalau buat utk mkn sorg2 xbest.. tunggu blk kg dulu laa baru wat..

Kak Rose said...

betul tu tun, makan rebut2 lagi sedap kan...

Naz said...

Hahahaaa... mmg pun kalau bnyk dibuat, kekadang tak abis.. tapi kalau sikit siap rebut2 dan tak cukup tapi tak membazir hehehe..

azieazah said...

Kuih popia ni agak mudah. Saya dah lama tak buat. Dulu selalu jugak buat sampai berjual jual lagi... Makan waktu panas best, kalu sejuk tak sedap.