Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 12, 2011

X leh sign in dan Yasinan

Salam dan selamat malam semua... malam baru boleh masuk rumah sendiri… ni baru balik dari jemputan yasian rumah yg kedua. petang td ada masaalah sikit sbb x leh nak sign in keblog sendiri…. kawan2 ada mengalami masaalah yg sama x? sebenarnya td selepas balik dari yasinan tu nak lah update cerita ceriti tu tp tetiba x leh nak sign in lak… macam2 dihendaknya …. dah lah kak rose ni buta it, meraba2 lah sensorang, x de sapa nak mintak tolong…. hubby x balik lg anak pulak keja… buat lah sendiri … jawap soalan kat recovery tu, klik sana klik sini cari guide....

This troubleshooter will guide you through the questions, depending on the options you select…. mak aii, banyak nya soklan…. sebenarnya kalau boleh x nak tukar password tu, maklumlah kita ni kan pelupa, tp at last kena tuko jugak …. dari belum maghrib mengodek blog yg x leh masuk ni sampai menjelang isyak barulah dapat sign in semula…. nak bw pun x sempat sbb lepas isyak tu g yasinan rumah yg kedua pulak.

but at last lega jugak bila dah dapat recover balik rumah maya kesayangan ni.... x sesia meraba2 mencari pintu nak masuk blog ni balik! so ni la gamba yg kak rose dapat amik diyasinan rumah pertama td. layanzzzz....

antara kaum ibu yg hadir...

Ida, tuan rumah meraikan kejayaan anak sulung yg mendapat keputusan 9As pada SPM lepas dan akan melanjutkan pelajaran di uitm shah alam..

ijah dengan anak buahnya dan kak zarah dengan cucu yg baru berusia 3 bulan....

nora yg kelakar dengan sishanya...

antar hidangan yg disediakan oleh tuan rumah.... karipap, pulut panggang, kuih sarang semut dan kosui...... kuah lontong, kuah kacang, sambal tumis tempe dan puding jagung x sempat nak amik gambar....malu lak nak rebut2 amik gambo kat rumah orang kan....

apam gula hangus yg kak rose bawa untuk yasinan dirumah ida....

rumah kak som x de amik gambar tp menu yg disajikan cukup istimewa.... nasi putih, gulai ayam, sambal udang, paru goreng bercili, ikan masin, mixed vegetables dan bermacam2 kuih muih.... seri muka, talam keladi, talam suji, koleh kacang, kek span, keropok....... x larat dah nak makan...semuga kak som dan keluarga akan dipermudahkan dalam urusan mengerjakan umrah... selamat pergi dan kembali.

5 comments:

Unknown said...

salam kak rose...saya pun panik kak ptg tadi tk boleh sign in... 3 kali restart... last last biar je lah.. malam baru boleh...

K.Nor said...

tak yah buat apa2 pun sebenarnya k.rose.. biar jer dia betulkan sendiri.. ramai yg kena gak ni.. alhamdulillah mlm ni dah dpt bukak balik blog..

Kak Rose said...

Nor, takut gak kalau2 nnti terus x leh nak bukak... buatle apa yg dia nak kan tu...pas tu Alhamdullilah...

Kak Rose said...

Eny, saspen gak bila dia request macam2... meraba2 la kita pun!

Bintangjauh said...

Salam lagi Kak Rose, la .. baru-lah betul rupanya satu dunia pening seketika sekejap ya Kak Rose, di sini pun sama mula-mula komentar Ratna awal pagi tadi agak panjang menjela ... di-sign in terencat, geladah sana sini tambah pening lalat jadinya kata hati baik tunggu anak bujang balik dulu.

Rupa-rupa nya anak bujang kata tengah re-maintenance kan itu site blog, panic semacam pagi tadi kerana Ratna sangka kan ter-silap tekan lansong ter-jam, nasib baik bukan Ratna sorang je yang ter-nervous ya Kak Rose!
Salam manis manis madu.