Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 30, 2011

Agar2 santan gula melaka

actually nak wat agar2 ni semalam lagi.... tp bila tetiba kena g buat repot polis, terus tinggal agar2 yang baru letak atas dapur.... padam api n terus pergi, balik baru sambung semula projek ni....

nasib baik bila nak sambung memasak petang tu agar2 ni x keras dan mmg belum melegak pun masa tinggal tu, so teruskan memasak dan inilah kejadiannya...

resepi cnp dari rumah izah, mekasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak...

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
sumber rujukan: Hana

Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk (Akak guna jenama KARA) kak rose pun....
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

buat pencuci mulut selepas makan ciken chop dengan kawan yang datang dari Langkawi.... sikecik fatin amani siap nak tapau untuk kakak dan abangnya! tima kasih wati dan farouk sudi singgah kat rumah kak rose ni.... pot pet sampai x hengat nak amik gambar pun...

16 comments:

Unknown said...

sedapnya agar-agar kak rose ni...terasa sejuk jer tekak ni..jom tukar ngan kuih sagu saya...hehe

Nazrah said...

dah habis kat umah kita...esok esok kita wat lagi..memang sedap

izahdaut said...

kak rose... cantiknya bentuk love!!! dan cantik sangat lapisan nyer tu. saya buat tak berapa menjadi sangat lapis tu mcm ni. lawa..

dah setelkan kes waja akak tu..sabar la kan. ujian untuk akak

Sury said...

comel2 je agar-agar kak ros..kalau gap satu...sedap nie

Kak Rose said...

nieza, bak mai sagu pebret kak rose tu.... cantik sangat nampak hijau tu!

Kak Rose said...

Nazrah, mmg sedap x terasa dah banyak masuk molot!

Kak Rose said...

izah, kak rose suka macam izah nyer tu, nampak macam kapas terapung gitu!

waja tu tinggal tunggu woksop baiki je, nasib baik amik comprehensive insurance cover... pepe pun insurance yg bayo!

Kak Rose said...

sury, masuk dalam acuan kecik2 biar senang nak ngap!

Shasha Mohamed said...

Lama dah tak makan agar2 santan ni.
Sesekali makan tentu sedap kan, tambahan plak kalau dah disejukkan. Betul ke?
Agar2 kalau dah keras pun takper, bila dipanaskan ia akan cair semula. Kan... ;)

Nuwairani said...

cantiknya acuan love2 kak rose tu...(itu pulak yg disebut2) heheh

Anna Qawina said...

aduh...sejuknya tekak..mana2 blog pun tayang desert kan kak rose..cantik bentuk lap u tuh..hehe

Cik Puan Izan❤ said...

berseri2 agar2 kak rose...rajin betul dia..

Kak Rose said...

Shasha, mmg saspen la sbb jarang2 buat n x penah la masak separuh jalan pas tu tinggal.. nasib baik elok je jadinya.

Kak Rose said...

nuwairani, acuan lap2 pelestik jer... janji boleh guna kan?

Kak Rose said...

Anna, musim panas ni mmg nak je makan yg sejuk2... nyaman rasa tekak!

Kak Rose said...

Izan, buat pun kebetulan ada kawan datang semalam... kena la rajin