Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 31, 2010

Jelatah perantauan

salam hari minggu..... sedang berehat bersama keluarga ya..... eloklah dapat spent time yang berharga dengan family..... ni menu semalam yang baru berkesempatan nak tepek kat sini. sedap dimakan bersama nasi minyak atau yang sewaktu dengan nya.... berlaukkan gulai daging kurma dan ayam masak merah..... resepinya kak rose dapat dari Myr oleh nure..... dulu dah penah buat dan kak rose tepek lagi sekali resepinya kat sini ya.....

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.
menu semalam.... dah abes ya.... sangat sedap dan sempoi je!

2 comments:

K.Nor said...

cantik carrot munge2 :)

Kak Rose said...

tiru nor nyer idea.... bli vege cutting tu. orang ada kita pun nak gak! jeles gitu!