Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 14, 2010

Megi ala mamak CMG

salam dan selamat pagi ya..... tengok tajuk tu.... ala mamak CMG? tu le pepagi cik mat dah tayang megi ni... kan dah kecur air liur dibuatnya..... dan dengan segeranya terus turun kedapur.... tung tang gedebak gedebuk maka terjadilah megi ala mamak ni yang dicipta resepinya oleh CMG.... bukan mamak CMG ya puan2.....jangan mare ya mat kak rose saje je tambah nama resepi tu... kasi tambah glamer nama cik mat .... pepepun sangat sedap wpun x letak fishcake dan ayam.... malas nak potong ayam yang keras kedengkung dalam freezer tuh!... dan kak rose mintak izin nak kopy resepinya dan tepek akt sini ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mee maggi perencah kari, asingkan
2 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1 biji telur
Sedikit kicap cair (jika perlu)
2 pelepah sawi, dicuci dan siang
1 kelopak kecil kobis bulat, potong kecil
1/2 batang kek ikan, potong kecil (kak rose ganti ngan crab filamen)
1/2 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1/2 cawan daging ayam (x letak)
5 ekor udang, dibersihkan
Sedikit air
Hirisan timun, sebagai hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mee maggi dicelur dalam air mendidih hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dancili kisar hingga garing. Tambah sos tomato dan 1/2 paket perencah kari mee maggi tadi, kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Masukkan fish cake, tauhu, batang sawi, udang dan daging ayam. Masak sekejap. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Masukkan mee maggi tadi dan gaul rata.
  3. Tambah daun sawi dan kobis, kacau hingga mesra dan biar hingga kobis lembut. Rasa dan jika perlu renjis sedikit kicap cair. Bila semua ok, boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili merah, hirisan timun dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan..
sarapan pagi ni..... dengan air kosong je.... pasal konon nak diet tp sbb terpandangkan megi mamak ni.... hancus rancangan nak berdiet tu. lain kali je lah kan. dan ni tengah pk nak wat kuih apa untuk hidang kawan nak datang petang ni? poning palo den mike nyer.

8 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Sedapnye KakRose buat maggi tuh! I'm just drooling over ya! Makes me hungry now...oooo yummy! :D

K.Nor said...

ishhh sepantas kilat! tabik la k.rose nih :)

Chik Mimi said...

sedapppnya kak roseee nak jugak ade lagi ke kak?

Kak Rose said...

Love, Cik mat gebu is the one to be blame... pepagi dah tayang megi mamak!

Kak Rose said...

nor, wat untuk sarapan td.... hmm memang terangkat! rasa cam makan kat kedai mamak jer.

Kak Rose said...

Chik Mi. jangan tanya... dah abesss dah ... pelahap kan?

Watierman, rmanbkr said...

Ala..ingat tak nak ambik lunch sebab buat ayam padprik....ni dah tergoda dik Megi goreng Kak rose pulak apa kes????Hancusss!

Kak Rose said...

watie, cam tu la kalau sllu g blogwalking... macam2 terliur!