Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 30, 2010

Gulai Daging Kurma

selamat tengahari dan selamat berhujung minggu semuanya..... dah lunch ke? hari ni kak rose masak daging masak kurma yang resepinya kak rose amik dari Myr oleh lizacomel... mekasih ya dankak rose mintak izin nak kopipes resepinya kat sini......

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 1 kg daging
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 - 2 sudu makan cili giling (kak rose x letak)
  • 3-4 sudu makan rempah kurma
  • 2-3 biji kentang
  • 1 biji kelapa
  • 1 biji cili merah (x letak.... lupa daaaa)
  • 1 biji cili hijau
  • 1-2 biji buah tomato
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Daging dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar...Rempah kurma dan cili giling dibancuh bersama sedikit air...Kentang dipotong enam...Tomato dibelah empat...Sediakan santan daripada sebiji kelapa...
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...Apabila naik bau, masukkan pes kurma dan cili giling tadi...Apabila agak-agak garing, masukkan setengah cawan air...
  3. Masukkan pula daging...Kacau rata-rata dan biarkan rempah kurma meresap...Kemudian, tambahkan 2 - 3 cawan air...Tutupkan kuali atau periuk dan gunakan api yang kecil...Biarkan sampai mendidih...
  4. Masukkan kentang dan tutupkan kembali kuali atau periuk...Apabila kentang agak-agak empuk, masukkan cili merah,cili hijau dan asam keping...Akhir sekali, masukkan santan dan buah tomato..
  5. Biarkan mendidih selama 5 - 10 minit...Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan :P
gulai kurma masih dalam atas dapur.... siap dengan senduk lagi.....

3 comments:

Lin Rosly said...

Salam Rindu Kak R0se....
Wah! Wah! Terliur Tgk Gulai Daging Kurma Yg Masih Dalam Periuk Tu....Nanti Nak Ambil Pinggan Nak Mintak Sikit...Hehehehe...

Kak Rose said...

Lin, lambat sikit dah nak abis dah gulai tu....

::Azura Rahman:: said...

sedapnyer kurma daging.. mmg kegemaran zura masakan daging2 nie.. nk kena buat jugak nie.. ekeke