Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 8, 2010

Tazkirah pagi Jumaat

Asalamualaikum dan salam pagi Jumaat yang mulia..... wah... bunyi macam ustazah nak bagi ceramah je kan.....sebenarnya pagi ni sambil jalan2 jumpa lah blog Cita Rasa Kak Lin ni yang banyak boleh kita dapat belajar dan share darinya..... satunya yang kak rose copy dari blognya untuk renungan kita bersama..... bukan kah sharing is caring.... mari kita sama2 hayatinya dipagi jumaat yang mulia ini.

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

untuk renungan kita bersama..... dan tima kasih ya Lin sudi share kan kebaikan Ayat Kursi ni....

6 comments:

Unknown said...

Salam Ukhwah Kak Rose....
Lin Ni Suka Membaca & Mendengar Tazkirah....Muasabah Diri...Lin Ni Manusia Biasa Yg Tak Lari Daripada Melakukan Kesilapan....Lin Postkan Kat Blog Mmg Untuk Tatapan Semua....Tak Kisahlah Kalau Sapa2 Nak Copy....

Sama2 Kak Rose Dan Terima kasih Kembali Kerana Sudi Menjadi Sahabat Lin Moga Ianya Terus Berkekalan....Aminnn

Kak Rose said...

Terima kasih Lin, semuga semua yang baca akan mendapat segala kebaikan darinya...

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh Kak Rose..terima kasih di atas tazkirah yang berhikmah ini. Insya'allah, Ayu dah mula share tazkirah setiap hari kahmis....berdoa agar dpt membaca usulan tazkirah dari kakak setiap jumaat...semoga Allah swt melihat jariah ini kelak...Ameen
Boleh kan kak rose?

Kak Rose said...

Ayu, kak rose cuma panjangkan dari blog lin.... untuk tatapan kita bersama.

K.Nor said...

salam k.rose.. thanks for sharing.. mudah2an kita semua dpt mengamalkan nya..

Kak Rose said...

sama2 nor... yang baik kita panjang2kan...