Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 15, 2010

Bingka roti

salam dan selamat pagi Jumaat yang mulia ni..... syukur alhamdullilah, masih diberi kesempatan untuk menhirup udara segar dipagi jumaat ini....berbalik pada kuih bingka roti i kak rose buat semalam lagi.... pernah buat bingka roti ni tp x letak tepung.... ke itu puding roti ke? kan dah kompius kak rose ni... so try resepi dari rumah izahdaut ni.... sedap lemak manis tapi macam padat gitu... ke memang gitu kejadian bingka ni? tengok gambo izah nyer macam gebussss jer.... tp bila tengok mas nyer pun macam padat jugak!

apa pun kak rose nak mintak izin nak kopi resepinya kat sini ya.... macih pada anda semua yang sudi share resepi ni.... ada jugak juadah kak rose nak hidang pada kawan yang datang semalam....

Bingka Roti
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..

buah tangan yang dibawa untuk kak rose n abang.... kain batik halus asli terengganu dari noor arfa batik dan kain pelikat mangga indonesia..... ada juga nata de coco.... ole2 dari London dan Moscow nyer x de ke?.... isshhh kak rose ni kan orang dah kasi betis nak peha pulak kan!..... kawan sesama keja kat BNM yang laaaaama sangat x jumpa.... yalah bila masing2 dan berenti keja langsung putus hubungan... nasib baik ada fb... banyak menemukan semula kengkawan yang telah terpisah bertahun.... insyaallah akan buat gader2 pd 30th nnti.....

Puan Balkiah dan doters.... berborak sakan hingga terlupa langsung nak snap satu gambo pun..... ini pun cilok dari fb her doter.... jangan marah ya Bal, amik gambo dan tepek kat sini...... terima kasih sudi datang rumah walaupun sesat barat mencari sbb tukang bagi info jalan x expert! hishhhh!!!

2 comments:

izahdaut said...

kak rose..dia ikut tuan yang buat kot..gebu gitu...hahhahaa... hmmm tak de la padat sangat, tapi gebu lembut lembik cam tu kan...ke saya salah ukur santan...erkk..kena tanya tuannya si mas ni

Kak Rose said...

izah, tuan ni lagi gebus gedabak tau... tp bingka nya x pulak... lembut n lemak jer... cuma padat mcm bingka tepung tu...alahai... kalau dah keras tangan....