Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 20, 2010

Terung in hoisin sauce, ikan percik.

salam dan selamat petang..... masak apa hari ni?.... dah 2 hari malas nak masak so ari ni kenalah rajinkan diri.... sebab nak makan kan?..... apa yang ada dalam fridge ya?.....terung ni beli pun dah lama, nasib baik masih segar lagi.....so korek resepi lama yang penah buat dulu dan sedap.... resepi dari Along Roz, boleh gak tengok sini kak rose dah penah tepek dulu.....

ikan percik versi orang malas..... ropa pun pucat lesi jer!

dan ikan..... teringin nak makan ikan percik tp malas nya nak bakar arang segala.... maka jadilah ikan percik kelantan versi orang malas.... bakar dalam oben jer.... kalaulah MIL nampak ni... sah menantunya tersangatlah malas dan nnti bila balik kg mek pasti akan buat untuk kami..... sedapnya yang Mek buat! resepinya kopi dari blog Rinn Chan... makasih ya kak rose nak tepek resepinya kat sini....

IKAN KEMBUNG PERCIK ALA KELANTAN

Bahan2:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yg lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.



dan pecal emergency..... mana yang ada jer, kuah tu pasar tani mari punya.

2 comments:

Lin Rosly said...

Salam Rose...Sungguh Menyelerakan! Lebih2 Lagi Ikan Percik Tu....

Kak Rose said...

Lin... nak jemput makan pun dah abes... tengok je la....