Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 28, 2010

Sambal sotong kembang

salam semua..... sambal sotong kembang permintaan abang.... mmg x pandai nak buat tapi dengan adanya banyak resepi diblog2 masakan adalah sangat membantu.... terutama buat yg x pandai masak macam kak rose ni.... so setelah menyeksakan pok cik google kerana mengodek beberapa resepi kak rose pilih yang paling senang sekali.... +- cedok dari banyak resepi untuk perbandingan dan petua.... mekasih semua....resepi mudah ni kak rose amik dari blog Resepi Nannie. sekali lagi terima kasih dan kak rose nak cnp kat sini ya....

BAHAN-BAHAN:

1 kilo sotong kembang
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Sotong kembang ni dipotong dan direbus sekejap untuk buang air kapur . Sotong akan jadi kecut dan boleh la ditos sotong ni dan ketepikan dulu. (sekejap - kak rose ikut petua CMG lebih kurang 10-15 mts)

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

ada banyak resepi nak memasaknya....nanti lain kali nak cuba yang bubuh kacang tumbuk pulak.... mungkin tak rasa dia macam yang jual nasi lemak kat pasar malam tu?

dan sebagai peneman nak makan sambal sotong ni.... nasi lemak untuk bekpes pagi tadi..... siap ajak kawan datang rumah untuk menikmati sambal sotong yang sedap ni.... pas tu tapaukan untuk dia bawak bekal untuk anak tersayang pulak.

8 comments:

anymz said...

salam kakrose,ada lagi ke sambal tu,saya datang nak tapau ni..baru balik..tak sempat nak masak hari ni..kira halal lah tapau ni ya..ada sikit je belen lagi ni..saya bagi perabihlah ya..hehe

izahdaut said...

kak rose...sedap ye stotng ni.sayya tak reti nak makan, sebab rasa cam kunyah getah je..hahaha..hubby suke sangt sotong ni..

eliyaezlinalias said...

hurm...menarik neh...

Kak Rose said...

anymz... sambal ada banyak lagi... siap buat 2 kali sbb banyak bli sotong tu... bila sedap terus lah wat lagi... mai nak huluq.

Kak Rose said...

izah, kak rose mula tu x reti nak makan, x penah bli pun tp hubby mmg suker... kalau bli nasi lemak ni lah lauk dia... la ni cuba buat sendirik lak... sedap.

Kak Rose said...

eliyaezlinalias... cubalah. mana tau suker nnti... citarasa memasing x sama kan?

JiNGGaFRaMe said...

Salam K.Ros..today nana wat roast chicken & potato sarada ikut resepi dlm blog akak ni..tp mkn dgn fried macaroni..!! yeay..!! cant wait 4 dinner..!! tq kak ros...

Kak Rose said...

nana, tq for trying... selamat menjamu selera.