Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 10, 2010

Banana muffin

selamat pagi semua.... dah lena dibuai mimpi ke?..... dah menjelang pagi kak rose baru dapat nak buat entry ni.... tadi ada kawan datang... sambil makan2 sambil pot pet... x sedar jam dah 12.30 am..... cepat sungguh masa berjalan kan....tadi g jenjalan tu dapatlah beli pisang montel masak ranum ni.... beso2 dan montel2 je pisangnya..... untuk buat muffin ni kak rose buh 3 biji... bak kata izah banyak pisang lagi moist muffin tu.....tuan punya resepi kata this is the easiest and best muffin ever..... betu la senang dan sedap lak tuh! resepinya kak rose kopi dari rumah izah....the muffin lover tu. macih ya n mintak izin nak tepek kat sini.....

Best Banana Muffin (dapat 12 biji muffin) (kak rose dapat 11 biji saiz gedabak!)
Source: Catcancook

3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar (kak rose guna 3 biji pisang montel beso2)

1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang (masih a bit manis pada tekak kak rose)

1 biji telur- dipukul sedikit

1/3 cawan mentega/margerine cair

1 1/2 cawan tepung gandum

1 teaspoon baking soda

1 teaspoon baking powder

1/2 teaspoon garam

#1/2 cawan kelapa kering - saya tambah sendiri..wangi weh (kak rose lupo la nak buh kelapo ni walhal dah letak depan mato!)

Caranya: Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).


dan hasilnya..... hmmmm... makan panas2 mmg sedap.

dapat jugak jamu kawan yang datang mengejut. nasib baik ada wat muffin nih, rezeki dia lah tu kan.

4 comments:

izahdaut said...

lama dah tak buat muffin pisang..nak buat gak aaa....ada lagi tak kak rose..buat bf sedap jugak ni..lapo ni

♥LOVE2COOK♥ said...

Those are lovely muffins kak!!! Wish to grab some now...;)

Kak Rose said...

izah... mufin dah abesss jamu kawan datang... mengejut je.. nasib baik ada muffin.

Kak Rose said...

Love, too late to grab.... pinis already!