Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 5, 2010

Pulut kuning berkat

selamat tengahari semua..... ni gara2 g jenjalan rumah mat gebu semalam dan ternampak pulut kuning berkat dia.... sungguhlah terliur dibuatnya... sementelah bahan pun ado dan rendang pun banyak lagi, serunding udang kering pun ada jadi pagi ni kak rose merajinkan diri buat pulut kuning ni.... puas ati dapat makan air tangan sendiri.... dan kalau ikut resepi CMG ni kesedapanya pasti hingga menjilat jari... kebetulan tengah menikmati pulut yang sedap ni ada jiran datang.... dapatlah Kak Pah dan Malia merasa pulut berkat ni....terima kasih pada CMG dan kak rose nak mintak izin nak kopipes resepinya kat sini.....tp biasalah ada derhaka sikit....maaf ya mat.

Bahan-Bahannya :-)
850 g beras pulut
3 inci kunyit hidup, atau (kak rose tuko dengan pewarna kuning sikit)
2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...

makan jugak dengan serunding udang kering ni....

jemput makan..... pulut berkat dengan rendang daging dan serunding udang kering... pilih nak lauk yang mana, jangan rebut2 ya....

18 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

I liked the photos kak! Classy, good shots with excellent presentation..

Pulut tuh...haishhhh nak jugak! Dah lama tak makan! :D

leen hussain said...

kak roseeeee...leen sukaaaaa sgt pulut2 ni...
biar takde nasi takpe tau..hee...buruk ekk...
nak minatak mesti habis dah...

K.Nor said...

k.rose.. nak pulut.. nor sukerrrrrrrrrr sgt dgn pulut2 nih..

fara dean said...

kak..bnyknya..cantik2 plak tu..sesuaii plak dgn rendang tu..ada kenduri ke?

HALAMANKU said...

salam.. kak Rose lamanyer x lepak umah akak.. erma bz sikit.. ni dah alang2 datang.. tapau pulut kuningtu yer.. he he he he

Ayu Safieza said...

Hi kak rose...kita baru makan ketupat pulut ni ha...cam tau2 jer selera kan2....sedap nampak pulut berkat kak nii...tambah lak dgn serunding n rendang.....kebabooommmm!!

Kak Rose said...

Love, baru nak blajar guna dslr... malas nak mencuba, senang guna compact jer...

Kak Rose said...

leen, betul pun dah habissss....

Kak Rose said...

nor, nak hantar pun tinggal bekas jer...

Kak Rose said...

fara, kebetulan ada kawan datang, terus makan sama. saja2 buat sbb terliur tengok CMG punya.

Kak Rose said...

erma, sori dah abesss, x leh nak tapau dah!

Kak Rose said...

ayu, guna CMG punya resepi mmg sedap, serunding tu pun amik resepi CMG nyer jugak! cubalah.

indianspicemagic said...

Good clicks...

Mat Gebu said...

Wawawaaaaaa...adoii, terkecur balik air liur ku...

Kak Rose said...

indianspicemagic, tq for dropping by...

Kak Rose said...

Mat, kak rose terliur tengok mat punya lah ni... mmg jadi sumber inspirasi utk kak rose merajinkan diri! tp x leh lawan sifu nyer lah!

Yani said...

cedaplah nampak pulut kuning kak rose tu.. ceria sama kaler dgn gambar munger rose tu.. nak kena tunggu angin rajin ni utk wat pulut kuning tu.. ish bila ni nak mai..

Kak Rose said...

Yani, mai kak rose tolong tiup semangat.... puh kiri puh kanan...datanglah angin rajin.