Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 28, 2010

Muffin cokelat

at last..... this my 3rd attempt buat chocolate muffin guna this recipe and turn out nice..... alhamdullilah... yang dua kali tu memang hancus betul2..... membuak2 keluar dari cup tu... macam volcano eruption!.... I dont know what went wrong atau mungkin terlebih isi!..... last2 oben je yang dapat makan.... hangus hancus dalam tu! dan kali ni betul2 nyer ngadap pc baca betul2 resepi dan segala komen kat bawah tu dan baca bismilah banyak2..... and hope for the best. hasilnya baru puas ati..... terima kasih pada yani dan juga ramai yang telah mencubanya.... kalau tengok dalam post di Myr tu berderet je laporan bergambar dan semua menjadi dengan elok.... kak rose yang keras tangan ni juga yg 3rd attemp baru menjadi....kak rose nak mintak halal copy resepinya kat sini ya.....

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
walaupun x secantik sifu2 diluar sana punya, tp kak rose puas hati sbb dah 3 kali try nih.... kali ni buat 1/2 adunan agar tidak kaciwa lagi....

4 comments:

K.Nor said...

nor dah acapkali buat muffin ni, mmg sedap.. very chocolatey.. mmg tak leh isi banyak dlm cup tu k.rose sbb dia naik sgt2. kena isi 1/2 cup jer baru turn out nice :)

opss lupa, tahniah k.rose sbb dah gigih usaha tanpa give up.. :)

Kak Rose said...

Nor, tq... tengok orang lain nyer turn out nice nak gak cuba sampai jadi.... and at last....

Trying To Be Muslim.. said...

Tahniah Kak Rose.....wah menjadik tu......kene masuk list tau ni.....

Kak Rose said...

Ayu, practice make perfect kan.... cewaaaahhh... yg kantoi tu x kira ke?