Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 1, 2010

Rumah terbuka raya 2010

Asalamualaikum dan salam semuanya..... masih nak bercerita tentang jamuan hari raya lagi.... puasa sebulan raya pun sebulan kan.... boleh gitu? sebenarnya ni adalah entry yang tergendala memanjang..... sebab mood nak berblog x tau ilang entah kemana.... malas sungguh dibuatnya, gambar2 semua dah upload cuma nak buat editing dan buat entry tu yang malas memanjang... but since ari ni dah rilek sikit, segala pinggan mangkuk dan piuk belanga besar yang kuor setahun sekali tu pun dah siap simpan balik, jadi adalah masa nak mengupdate blog ni....huh.... panjangnya mukadimah!

berbalik pada jamuan rumah terbuka yang kak rose adakan pada hari isnin lepas tu, alhamdullilah semuanya berjalan lancar.... bermula lepas solat zohor hinggalah menjelang pukul 1 pagi barulah tetamu terakhir bergerak balik.... penat x usah nak citerlah sbb semua persiapan kak rose buat sendiri dengan assistant yang selalu menghilangkan diri.....(curi tulang sambil hisap rokok kat luar rumah... bang, jangan marah ya!) tapi kak rose puas hati sebab ramai kawan2 yang sudi datang ... terima kasih bebanyak ya kawan2.

antara menu yang kak rose sediakan, laksa johor, lontong, bubur kacang sebagai pencuci mulut, moist chocolate cake juga biskut raya yang kesemuanya kak rose buat sendiri. roti jala kak rose order 200 kpg tp kuah masak sendiri je. Air mandarin sunquick juga nescafe o panas.

laksa johor dengan segala pelakun tambahannya....tauge, kacang panjang, bawang merah,
sambal lada, timun, daun kesum dan asam limau


nasi impit dengan sambal tumis udang, rendang daging dan kuah lodeh.

nasi impit yang belum dipotong.

rendang daging

kari ayam untuk kuah roti jala. (masa amik gambo ni roti jala x sampai lagi pas tu terus
lupa nak snap.... x dapatlah nak enterframekan roti jala yang kak rose order)


moist chocolate cake dan biskut raya

bubur kacang hijau

big boss abang yang sudi datang bersama tetamu dari Penang.
tima kasih sudi datang.


kaum ibu sedang menjamu selera....

pak jali dengan autanya....

antara yang hadir pada sebelah malam....

subordinate abang....

tetamu kecil..... bermacam2 karenah.... ada yang duk kat komputer
hinggalah waktu balik x gerak2! 3 buah komputer jadi rebutan


pepe pun terima kasih bebanyak kepada kawan2 yang sudi hadir kejamuan rumah terbuka kami yang seadanya ni, andai ada tersalah silap dan terkurang dimana2 kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.... hingga raya tahun depan Insyaallah.

2 comments:

hana said...

salam kak... sonoknyer tengok kemeriahan open house akak... lelagi menu tuh! laksa johor my peberettt! klu dekat dah lama assalamualaikummm... hihihi

Kak Rose said...

salam hana, alamak dah terlepas la... nak antar pun tinggal bekas jer....