x pe, kak rose duk rumah masak2 dan makan2 jer..... petang ni pulak buat pulut panggang , sbb abang kata nak makan yang masin pulak instead of yang manis jer.... jenuh nak menggulung nak bagi cantik tapi cam tu le kejadian nya... kira ok la kan keja orang yang x berseni macam kak rose ni.... resepinya kak rose amik kat rumah Ummi kuantan dan serunding tu dari rumah CMG... tima kasih pada anda berdua.....Ummi kak rose nak copy resepinya ya....
Bahan Pulut:- (8 biji)
1 cawan beras pulut - rendam 2 jam
1 cawan santan pekat
sedikit garam
Beberapa helai daun pisang - layurkan atas api, lap dan kerat ikut saiz nak balut nnt
Lidi - kerat 1 1/2 in (guna stapler jer)
Cara Membuat:-
Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau2 selalu. Bila kering, biarkan pulut benar2 masak atas api paling kecil sebentar. Sejukkan sikit. Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 1 jengkal, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti ditengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas. Tekan2 bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi. Panggang atas api sederhana dan balik2kan pulut selalu. Bila daun telah hangus2 garing sikit, bolehlah diangkat.
2 comments:
kak rose..ok lah tu lawo je bentuk kejadiannya tu..mcm yang beli kat pasar mlm tu la..lama tak makan pulut panggang.teringat kat arwah abah kalau pulut panggang ni..kegemarannya..adehh
izah, asal bulat kira jadi le ya?.... al-fatihah buat arwah. amin
Post a Comment