Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 27, 2009

Menu Aidiladha

Salam Aidiladha semua....

pagi selepas sembahyang raya g ke majlis korban di surau taman indah dan gotong royong memasak untuk buat kenduri korban.....alhamdullilah.... ramai yang hadir untuk bersama menjayakan majlis ini.......semuga semuanya diberkati Allah hendaknya.... Amin.....

sebelum tu ada masak gak tuk raya ni..... nilah menu nyer.... nasi minyak ujan panas, kurma daging, ayam masak merah dan jelatah..... tengahari baru dapat beraya dengan kawan dan jiran sbb pagi tadi g surau untuk majlis korban tu.....

Nasi minyak hujan panas dan lauk pauknyer.....


jelatah perantauan
resepinyer asalnyer dari nure @ MyR dan kak rose nak gak tepek di sini .......

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

Ayam masak merah


kurma daging


nasi minyak hujan panas

resepi nyer amik dari blog Raihan @ periuk tanah, halal ya Raihan kaka rose amik resepinyer untuk jamuan hari raya aidiladha ni dan kak rose nak kongsikan resepinyer kat sini......kak rose doublekan resepinyer dan masak sampai 2 kali.... 2 piuk beso.....almaklumlah rayakan......


Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit. (kak rose guna kiub je)
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.

4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

puding roti marble

mixed friuits kek tanpa telor

first taim try kek ni..... x pernah lak wat kek yang x guna telor..... cuba resepi ni pulak ..... ok je rasanya.... moist sesangat.... tq umi-e for sharing the recipe.... dan kak rose nak kongsikan resepinyer di sini ya.....

Bahan-bahan ( tin 12x8 inci )

  • 4 cawan tepong naik sendiri
  • 2 cawan buah campuran kering
  • 1 buku butter
  • 1 cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah 1/2 cawan lagi gula jika suka manis)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • *** Bolehlah cuba dengan 1/2 adunan dulu sebab adunan umie buat ni besar - umie ni tamak sikit bab membuat sebab dah biasa dengan keluarga besar ;)
  • (Kak rose wat 1/2 adunan je)

Cara-cara

  1. campur kesemua bahan kecuali tepong dan bicarbonate soda ke dalam periuk
  2. masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam. Setelah suam masukkan bicarbonate soda dan kacau rata.
  3. ayak tepung ke dalam mangkok adunan dan buat lubang di tengah. Kemudain tuangkan adunan yang telah suam ke dalammnya.
  4. kacau adunan hingga rata dan sebati.
  5. masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas dengan kertas minyak.
  6. Bakar dengan api sederhana (oven mark 4-5) atau sehingga masak - bila lidi keluar dengan bersih.





No comments: