dah le exercises x rajin nak wat.... tapi pasal soru.... mesti tepat je.... macam2 resepi d cuba.... tekak ni nak yang sedap je.... ya lah kan ..... sapa yang nak makan menu yang tak menyelerakan? betul tak...... resepi Paprik oleh mak yong amik @ myresipi. tima kasih mak yong kerana resepinya dan ramai sangat yang telah mencuba resepi ni..... semua kata sedap... tu yang terpanggil nak cuba nih.... betul sedap.... x rugi mencuba!
Kak rose mintak izin nak kopipes resepinya ya.....
Bahan-bahan ( 4 )
- ½ ekor ayam - dipotong kecil2
- 4 ulas bwg merah - ditumbuk
- 2 ulas bwg putih - ditumbuk
- 1 labu bwg besar - dimayang
- 2 btg serai - dititik
- 2 biji buah tomato - dipotong 4
- 5 biji cili padi - ditumbuk
- bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda (kak rose cuma ada green capsicum, baby carrot and couliflower je)
- sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
- bahan2 perasa (kak rose x letak pun)
Cara-cara
- Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
- Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
ikan bakar cicah ngan sambal kicap je..... ha..... ari ni makan sungguh-sungguh kerna esok nak mulakan diet tu.....
Psssstttt.... I am overweight by almost 5kg.... dapat ke nak turunkan ke ideal weight which is 57kg for my height (5'1")... macam impossible je kan..... tapi x pe cuba dulu.... harap2 berjaya turunkan sikit jarum penimbang tu..... (jahat lah jarum tu x nak gerak-gerak.....) Dulu pernah try.....March2007.... berjaya turunkan 4.16kg in 2 weeks time.....(4 sets of diet with trimming formula)
Apa pun nantikan keberkesanan diet ku ini nanti..... hingga esok...... bye.
No comments:
Post a Comment