Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 26, 2009

Apam balik

ni wat untuk minum petang semalam.... x leh nak updet sbb semalam intenet macam hampeh..... bila nak ada LIMA je selalu macam ni.....intenet selalu jem.... kejap2 disconnect.....grrrr..... geram je..... nak wat cam ne ya..... cepat2 kal Ahmad Nawab (bukan yang peniup saksepon tu ya) tapi dari TM..... jawapnya.... semua technician sibuk.... preparation untuk LIMA.......nasib baik ari ni ok dah..... tapi masih on & off je.......

dah banyak kali wat dah..... tapi kali ni dah lama x tak try macam x menjadi lak.... selalu tu buat elok je.... yang ni tersilap tang mana tah......x berapa nak gebu gitu.....amik resepi dari dapur joayee d MyR. tima kasih ya cik joayee kerana resepinyer.....

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cawan tepung naik sendiri } diayak
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Filling:
  • 1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
  • 1 cawan kacang tumbuk
  • 1 cawan gula
  • sedikit mentega
  • (kak rose guna jagung tin je, kacang tanah tumbuk kasar2 & gula sikit)

Cara-cara

  1. # Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
  3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
  4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
  5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
  6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.
  7. ***homemade cream corn:
  8. 1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
  9. * masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

No comments: