Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 23, 2009

Pizza mee segera dengan tuna pedas

Lunch ari ni.... pizza megi kari....kekonon nak jadi mat salleh.... tapi kari tetap ada..... sempoi dan sedap..... penyediaan nyer pun senang....maklum lah megi..... jadi sekejap je dah siap..... dan bakar......terima kasih pada Raihan dan Noni kerana share resepi yang simple dan sedap ni.....tapi kak rose guna tuna in water je..... pas tu topping tu letak chicken frankfuter, sotong ball dan crab stick. nenas dan tomato x letak sbb x de..... tetap sedap gak......cheese pun guna slice cheese je.....kak rose minta halal ya resepinyer dan nak c&p kat sini gak....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 peket Mee Segera (K.An guna jenama Maggie perisa Kari)
4 biji telur gred B atau A
1 sudu teh perencah kari Maggie
1/2 biji lada benggala hijau dihiris nipis
1/2 biji bawang besar didadu- ikut citarasa
1/2 biji tomato didadu kecil
1 tin Tuna cili Padi TC Boy
keju mozarella- tak ada stok, K.An guna cheese slice je...
hirisan nenas
herba oregano ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Didihkan 3-4 cawan air di dalam periuk. Padamkan api dan celurkan mee hingga kembang. Toskan dan lalukan air biasa agar mee sejuk.

2. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Campurkan perencah kari Maggie dan pukul telur menggunakan garpu.

3. Panaskan oven pada suhu 190 arjah Celsius. Lengserkan loyang dengan sedikit margerin. K.An gunakan loyang empat segi panjang berukuran 12 inci X 8 inci. Ratakan mee di atas loyang.
Tuangkan campuran telur ke atas mee. Pastikan rata ke seluruh loyang.

4. Keluarkan tuna daripada dalam tin. Buang minyak dan airnya- ambil isi sahaja. Hancurkan isi tuna dan campurkan sedikit garam. Kalau suka campur sedikit rempah kari Maggie lagi. (K.An campur kari ayam lauk tengahari... heheh.. campur sikit isi ayam)

5. Ratakan campuran tuna ke atas lapisan mee. Taburkan lada benggala, buah tomato, bawang besar, keju, nenas dan bahan lain di atas pizza.

6. Bakar pizza selama 20 - 30 minit- mengikut saiz loyang menggunakan api atas dan bawah. Hidang ketika masih panas bersama sos cili.

Tips Galakan

****topping boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing

****telur yang digunakan dalam jumlah yang banyak dalam pizza ini, menambahkan keenakan rasanya.. tanpa menyumbang rasa 'kurang enak' kepada yang tak berapa suka 'rasa telur'.

***menurut Noni, pizza ni boleh juga dimasak didalam kuali bertutup, dengan menggunakan api perlahan selama 30 minit.. atau sehingga masak.



sebelum ke oven.......

selepas.......

dan...... nyam nyam...... alhamdullilah kenyang.

No comments: