Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 16, 2009

Kek marble mudah


semudah namanya.....buat nyer senang dan bahan pun ciput je.....sedap.... but to me it is a bit dry, x cukup moist...... mungkin sbb kak rose guna margerin (instead of butter)..... 1st taim try wat kek guna majerin..... it turn out a bit dry dan teksture nya agak kasar dan berderai.....

x pandai sangat nak marble kan..... bancuhan macam agak keras sikit.... itu pun kak rose dah kurangkan tepung jadi 1 3/4 cup je.....ke memang macam tu?.... eeeehhhh... dah lah x pandai nak wat tapi manyak soklan pulak.....apa pun tima kasih pada haniaz @MyR. kak rose amik resepinyer ya..... dan nak tepek kat sini gak......

Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega/margerin
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)(kak rose kurangkan jadi 1 3/4 cup je)
  • pewarna dan perasa ikut suka (kak rose guna cokelat)

Cara-cara

  1. putar mentega bersama gula sampai kembang
  2. kemudian masukkan telur satu persatu
  3. lepas tu bolehlah masukkan tepung
  4. bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.
  5. Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.
  6. kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm...cucuk kalau x melekat tu masak lerr
  7. selamat mencuba dan merasa. buat kek ni kejap je..simple dan sedap..

No comments: