Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 23, 2012

Udang garing daun kesum

nampak udang goreng garing dengan daun kesum ni pagi semalam kat rumah Ummi Home Sweet Home dan teruslah kata dalam hati boleh buat petang nnti untuk bukak posa... kebetulan udang pun mmg ada banyak stoknya dan daun kesum n daun kari yang subur di my garden yang sekangkang kera tu boleh la jadi pelengkap resepi ni.... makan mmg sedap tp pastu x leh lupa ubat allergic tu!

dan jadilah lauk makan nasik semalam..... izinkan kak rose kopi dan paste resepinya kat sini ya Ummi dan terima kasih banyak2 share resepi yg mudah dan enak banget nih!

Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni) (kak rose pun x dak!)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

harum bau bawang putih, daun kesum n daun kari.... memang enak seehhh, bak kata Ummi!

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

6 comments:

asyifamustaffa said...

mesti wangi seisi rumah time masaknya nie....sedap pun ye jugak nie nmpk tu ha....

izahdaut said...

tak leh tengok lauk gini.. pepagi dah lapo. hehe

tun_telani said...

adehhh... kan dh lapo nengok nii.. huhu...

Qasey Honey said...

amboiii...mmg betul la jadi lapo lak tgk udang tu...

Ummi said...

Waaaahhh dah sampai ke dapur k.Rose...tu diaa...Ummi tengok pun rasa nak makan lgk..best kan lauk camgini...Puasa2 ni xleh lauk pelik2 sgt, takut sahur x masuk tekak, masa berbuka ok lg la leh masuk...hehe, time kasih sudi skodeng dapur Ummi eh..Selamat Berpuasa jg buat kak Rose dan family...

Ayu said...

Assalam kak rose,
heheh samalah kita ya..ternampak lauk ni semalam terus print..memang sesuai untuk bersahur..simple aje..yang pasti sedap..