Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 25, 2012

Iftar ke 4 kami...

menu simple kami anak beranak untuk iftar ke 4.... goreng keladi cicah dengan sambal kicap jawa yg mesti ada bila buat gorengan cam ni... keladi ni bapak main mahalnya sekilo sampai 10 hengget! dah la mahal, pas tu separuh dari keladi tu macam dah benyek... tu la silap jugak la masa bli x belek2, bila dah tiba dirumah barulah nampak bagian tu.... nasib baik ada separuh lg yg masih elok, dapat jugakla makan keladi goreng nih! kalau x silap kat kg pernah bli cuma 3.50/kg... ke sekarang mmg dah naik harga? benarlah x de yg turun harga kan. disamping keladi goreng, ada juga dessert puding oreo yg sompek tu.

lauk pulak kak rose masak lemak cili api daging campur kentang style nogori punya... kuah pokat2 tapi x la podeh bona... kang x termakan lak sbb kak rose mmg x tahan podeh!

bergandingan pulak dengan ikan kurau masin ni mmg ngam sangat la gulai daging tu... mmg kalau buat masak lomak mesti ado ikan masin baru terangkatkan... sayur pulak goreng kubis+kacang buncis+carrot+udang. siap lauk untuk dinner. makan lak sebelum g mesjid, adoyaiiii... rasa nak telolap mato mengantuk masa terawih sbb perut kenyang. x baik kan cam tu!

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh kak rose... sedapnya gandingan lauk akak tu... keladi ni mmg sedap digoreng cicah sambal kicap camtu.. kalau goreng sukun pun suka cicah sambal kicap juga.. sedap!

Kak Rose said...

Madiha, tu la bulan posa macam pesta makan2 lak.. menternak lemak!

Qasey Honey said...

aduhhh kak Rose...sedap bangett tu...kecur dibuatnye dah

Sari Yusa Ibrahim said...

mesti sedih kan kalau benyek sebelah, macam sy lah, beli cempedak separuh busuk.. huhu.

Gulai lemak daging tu sedapnya tambah lagi ada ikan kurau masin.. nyum nyum..