Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 19, 2012

Bubur biji nangka

ni kira praktis nnti nak buat untuk juadah bukak puasa dibulan Ramadhan nnti la ya.... mak ai puasa belum lagi tp dah bersedia dengan juadah bukak posa? x pe kan praktis je dulu... tp yg sebenarnya mmg nak makan lah.

dari mana datang nama biji nangka pun x tau la kan. x de rupa pun, ke kak rose yg buat dia x serupa? entah ler... yg penting rasanya.... dan mmg puas dapat makan ni sejak hari tu yg buat tp tersalah tepung dan cik ts je yg dapat makan. sedihkan, tp tu mmg salah sendiri sbb x check tepung tu betul2 dulu!.... resepinya masih guna yg sama dari Myr oleh SisIda mekasih ya. pasti nanti bulan posa akan buat lagi untuh juadah berbuka pulak! dulu penah buat kat sini.

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna


  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
Cara-cara
  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..

4 comments:

kasihredha said...

kak
saya buat biji nangka...letak gula melaka dalam tu kak...kuah dia letak halba dan hirisan bawang merah sikit...pantai timur punya cara :)
akak punya...cantik...warna warni

quinnie said...

Assalammualaikum..sedapnya bubur ni kalau makan utk berbuka...

dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak rose sekeluarga...:)

Kak Rose said...

kasih,

tq for the tips... len kali boleh try yg cam ni pulak. nak jugak rasa yg ada halba n gula merah tu....

Kak Rose said...

Waalaikumsalam quinnie,

ni kira one of menu untuk bukak posa nnti la... kami anak beranak mmg suka berbuka dengan apa2 bubur/pengat.... yg penting senang nak sediakan!