Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 26, 2012

Brokoli goreng ikan masin

Asalamualaikum dan selamat pagi pada semua.... sayur goreng untuk berbuka petang semalam. frust dengan degrade kopok leko yang sangat hampeh tu terus lah cari nasik. nasib baik semua dah siap masak tinggal nak ngap jer, so adelah penggantinya. brokoli mmg salah satu sayur kegemaran kami dan bermacam2 resepi brokoli dah cuba, tp yang ni lain sket sbb ada ikan masin dalam tu yg menambah kesedapannya (ade ke perkataan ni?) penah buat dulu kat sini.

resepi ni kak rose dapat dari Myr oleh cindaibiru, tp kak rose x de cendawan butang tu, so omit je la.... guna je bahan yg ada.... kebetulan ikan masin yang kak rose goreng semalam tu ada lagi, jadilah brokoli goreng ikan masin ni. ratah gitu jer pun sedap gak!

mintak izin kak rose nak sharekan kat sini resepinya ya...

Bahan-bahan
  • Brokoli saiz kecil
  • 1 batang carrot
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ekor ikan masin gelama (Blh guna ikan lain juga)(kak rose guna ikan kurau masin)
  • Sedikit cendawan butang (x de la pulak!)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong brocoli, cendawan dan carrot ikut suka. Hiris bawang merah dan bawang putih. Gunting ikan masin kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan masin dan tambah sedikit garam. Biar ikan kering garing sedikit.
  4. Masukkan semua sayur dan kacau rata.
  5. Jangan masak sayur terlalu lama. Selamat mencuba.

4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

suka sangat sayur brokoli, rebus gitu2 jer pun sodappppppp!!

Kjee said...

gud idea. Thnx. Nk buat nanti. Brokoli elok utk anti kanser.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Sayur simple macam ni selalu hit kat rumah Love...sukaaa!

Selamat Berpuasa kak :)

faa.rosli said...

mcm sedap je..nk try laa..