Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 11, 2012

Murtabak segera

murtabak segera dengan menggunakan kulit popia.... x payah nak tebar doh cam buat roti canai tu dah... guna jer yang senang nak membuatnya. terima kasih pada minami133@Myr yg bagi idea nak buat cenggini.... isi tu memasing punya tekak la kan nak isi dengan apa.... tp kak rose masih ikut resepi ni yang menggunakan daging cincang... mmg best buat minum petang aka dinner sekali.... tp malas nak buat pencicahnya, makan gitu jer.

Bahan-bahan
  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

memula buat dengan kulit popia yg saiz kecik tu... tp bila dah malas cenggini le jadinya ----> gedabak selambak! guna pulak kulit popia yg saiz beso lak, makan sekeping pun boleh kenyang dah!

8 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam kak ros harap sihat wahhh menarik ni...mmg seisi rmh pegemar murtabak...nak pulak dah dekat2 pbln puasa ni..lg le hari2 mkn murtabak pun x jemu....nak cubalahhh...mmg terliuq npknya....:-)

Cendana Kasih said...

salam kak Rose...lama tak makan murtabak kulit popia ni..dulu slalu beli kat pasar malam, skang ni pakcik tu dah tak niaga :(

kasihredha said...

salam kak
akak guna kulit popia yg 4segi ke yang bulat kak?

Amie said...

Dah lama berangan nak buat murtabak kulit popia gini (pernah nampak di blog seseorang... tak ingat dah apa naman), tapi sampai sekarang tak terbuat juga....

inahar ali said...

salam kak rose..dh lama dh kita berangan nk wat murtabak mini homemade ni tp x terbuat2..adoyai! kenen akak punyer dulu 2 ketui ek..hehe!

adriea said...

lebih kurang mcm samosa gak kan.. tp brilliant idea! nak cuba gak petang ni .. thnx kak ros ;)

Anonymous said...

ANDA INGIN GANDAKAN DUIT ANDA RM20 JADI RM100 DALAM MASA SEHARI klik disini http://www.rm20segera.com/?r=intel_00

Anonymous said...

Mne nk dapat kulit popiya?