Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 21, 2012

Frozen popia untuk stock.....

Salam dan selamat berpuasa pada semua.... sebelum hari pertama puasa kak rose ada siapkan popia ni dan frozenkan.... nnti2 bila malas sangat2 nak siapkan menu untuk berbuka tinggal amik dan goreng jer. senang kan... ada jugak buat kuih vadai dan frozenkan. macam2 stok ready food kak rose sediakan..... tempura, sosej, burger, nuggets n fries.... bila2 nak dah ade kan.

inti popia ni kak rose buh udang n sayur2 jer... sengkuang, carrot n tauge. inti ni ikut memasing suka la kan dan boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan selera memasing. sllunya dah siap masak inti tu kak rose masukkan dalam tapis untuk membuang kuah dari sayur2 tu, jadi x lah basah berkuah inti tu nnti. bila dah siap gulung terus simpan dalam freezer biarkan mengeras beku barulah simpan dalam zipper bag. ini untuk mengelakkan dari melekat antara satu sama lain. mudahkan, nanti bila nak makan tinggal nak goreng saja... malas ker?

10 comments:

eni said...

kak ros syg...tq bagi petua yg sejukkan popia tu dulu dlm petiais then baru kita masukkan dlm plastic bag tu agar tak melekat...tak terfikir pula selama ni...rasanya kuih2 lain pun boleh buat camnikan?...tq kak ros..

Cendana Kasih said...

salam akak... bestnyer ada popia goreng... nk buat gak ler nanti... malas nk ke pasar ramadhan sbb bersesak dengan bangla dan indon...hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam ramadhan kak ros.Vadai frozen tu kita nak.Petang tadi memang teringin nak makan vadai dan baca kat sini pun ada vadai ya.

Bicara Kak Noor said...

kak Ros nampaknya kita ni sama kan selalu buat utk tahan lelama dlm frezer tu sebab senang nak makan..

Kak Rose said...

eni, sama2... yg lain2 pun boleh jugak. karipap, vadai suma boleh!

Kak Rose said...

Noorma, kak rose mmg x suka g param tu... bila nampak je suma nak bli, tp sllunya mmg x menepati cita rasa anak tekak la. tu la yg kena buat sendirik je!

Kak Rose said...

Ros, sementara rajin, sediakan dulu, nnti bila datang vit m, dah ada menda nak makan!

Kak Rose said...

Noor, macam ni la kalau kerajinan tu datang sekali sekala jer... kena sllu sedia frozen food. penyelesai segala masaalah!

Qasey Honey said...

asslm Kak Rose...wah akak sgt rajin..siap buat frozen lg..sgt suka dgn idea akak tu..kreatiff..bile2 masa boleh gorengkan kalau nk..

Kak Rose said...

QH, bila2 vit m menyerang, dah ada apa nak makan kan.... he he he