Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 6, 2012

Kerabu kedondong

wah!!!! selama ni x tau yg kedondong jugak boleh buat kerabu.... tp pak cik google yang rajin telah menemukan kak rose dengan satu lagi resepi kerabu di rumah kak hanilieza..... kedondong yg berbaki lepas buat jus tu mmg tersimpan jer dalam freeze x tau nak wat apa... dan kini jadilah dia kerabu buat ratah masa santap tengahari tadi....dengan bahan yg mudah ada didapur, sedap gak kerabu ni... masam2 manis gitu... tp kak rose kurangkanlah cili api tu.... takut berasap lak ltelinga nnti!

terima kasih pada kak hanilieza yang sharekan resepi kerabu ni.... mintak izin nak cnp kat sini la ya....

Bahan
15 biji buah kedondong muda
1 biji lobak merah
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
5 tangkai cili merah ]
5 tangkai cili api ] hiriskan
1 labu bawang besar ]
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk]
1 biji lemon [ambil air]
1 sudu kecil gula
garam secukupnya

CaraMembuatnya
1. Kedondong dan lobak merah dikupaskan kulir dan parut kasar.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk .
3. Gaulkan supaya semua bahan sebati.
4. Hidangkan.


bahan2 yang mudah, tp kacang tumbuk pulak lupa nak enter frame! ada lagi baki kedondong, nnti kalau rajin nak cuba wat pajeri kedondong pulak.... camner la pulak rasanya, x penah makan! terliur pulak tengok gambo pajeri tu. ishhhhh!!!!

5 comments:

Amie said...

Mesti sedapnya tak terkira! Tak terfikir pulak kedondong boleh buat kerabu... sebab banyak buah kedondong di kampung! Terima kasih Rose kongsi resepi!

Sari Yusa Ibrahim said...

rajinnya Kak Rose menghiris kedondong tu...

AZLITA AZIZ said...

Salam Kak Ros..

Alahaiii... kecur liur ita tengok buah kedondong tu..

Tak pernah makan lagi ni kerabu kedondong. nanti nak cuba jugak lah..

mana pulak ita nak cari kedondong ni..

kasihredha said...

sure sedappppp...saya xpernah makan kerabu kedondong kak...kalau kerabu mangga selalu le.

Hartina Arssid said...

My favorite kedondong kena pulak buat kerabu perghhh meleleh ah airu liur d buatnya. Anyway saya follow belog ini hope sudi follow balik.



Cheers !
www.mylittlewing12.com