Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 30, 2012

Murtabak lipat

Salam hari isnin pada kawan2 semua.... sekejap jer dah sampai ke hari yang kesepuluh kita berpuasa, Insyaallah. dah masuk pada fasa kedua dibulan Ramadhan yang mulia ini. semuga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa yang masih berbaki.... dan untuk berbuka petang semalam kak rose buatkan murtabak tampal ni. hari tu nampak kat rumah CMG dan kebetulan stok semua bahan pun ada, tp tang cicah tu kak rose guna kuah yang sedia ada... kuah ayam masak merah madu yang hubby bli dari penang, wah! jauhnya kuah tu mari kan... apa2 pun meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari dapur CMG. mekasih ya mat... makan separuh keping pun dah kenyang!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping instat prata jenama 'KAWAN'
3 biji telur
1 biji bawang holland, dadu kasar (guna bawang besar pun ok)
3 tangkai daun sup, hiris halus
Sos cili untuk dicicah

BAHAN INTI :-)
100 gram daging ayam kisar atau cincang halus
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, didadu kecil
1/2 cawan air
Sedikit kacang pis (jika suka)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam (mat guna "aji-shio")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk rempah kari, kacau dan tuang air. Tambah daging dan kacau rata. Masak dengan api sederhana. Masuk serbuk lada hitam, cili yang didadu, kacang pis dan sedikit gula. Tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering, dan sejukkan.
  2. UNTUK MURTABAK LIPAT :- Masak roti prata instat seperti arahan pada paket. Ketepikan. Satukan hirisan bawang besar dan daun sup bersama bahan inti. Gaul rata dan bagi kepada 3 bahagian sama banyak. Sediakan non-stick pan saiz 8 inci. Letak sedikit minyak. Ambil 1 bahagian inti dan pecahkan telur ke dalamnya. Kacau rata dan tuang dalam pan. Masak dengan api sederhana hingga inti 3/4 masak. Letak sekeping roti prata tadi dan tekan2 sedikit.
  3. Biar masak sebentar dan berhati2 terbalikkan. Masak sekejap lagi dalam 30 saat. Keluarkan dari non-stick pan, kemudian lipat dia. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
  4. Potong 2 setiap murtabak dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda... Selamat mencuba untuk semua..
Mat, camner nak lipat cantik macam mat buat tu.... kak rose punya jadi pecah patah terkoyak terbelah seksi!... hu hu hu

No comments: