Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 23, 2012

Sos cili thai - homemade

dah lama mencari resepi sos cili yang menggunakan cili kering ni dan kali ni terjumpa yg best pulak.... sos cili thai yang sedap. yang banyak kak rose jumpa ialah yang menggunakan cili merah fresh..... kak rose mmg nak yang sedikit cair camni untuk dicicah dengan popia yang juga homemade. ikut resepi ni tapi kak rose doublekan ingrediants - buat banyak2 sekali, boleh simpan dalam fridge nnti len kali nak makan tinggal nak tuang je kan!

meh tengok resepinya yang kak rose amok dari sini, mekasih pada tuanpunya resepi dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya...

Bahan-bahan

* 1/2 cawan cuka
* 1/2 cawan air
* 1/3 cawan gula
* 2 btg cili kering
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu besar nampla/sos ikan
* 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air

Cara-cara

1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atas dapur.
2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masam boleh tambah gula.

walaupun sedikit cair tapi mmg sedap untuk dicicah dengan popia nih!

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam. ada lagi ke yang frozen tu..nati kita bagi alamat Kak Ros poskan ya.

Kak Rose said...

Ros, untuk 3 beranak 50pcs tu kira banyak la kan.... he he he kena panggil courier nih!

kasihredha said...

kak rose guna sos ikan jenama apa kak?

ibundo said...

boleh cuba ni ros. Tengah mencari2 sos cili yang sedap..

Kak Rose said...

kasih, ferry brand, bli kat tesco

Kak Rose said...

ibundo, cubalah... sedap lah pada kak rose

Zariena said...

SO, bile dah try resipi nie, boleh la mula wat sos sendiri... Ni hasil produk yang telah dipeljari.... soscilizariena.blogsopt.com

Bintu Johari said...

Boleh x kalau x letak sos ikan? Saya duduk kat yaman. So payah sikit na cri sos ikan tu. Huhu