Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 5, 2012

Air nenas rebus

Salam tengahari yang panas berbahang... dan dapatlah idea nak sejukkan tekak dengan nenas yang berbaki dari buat gulai udang semalam..... 3 biji dah kak rose bagi kat kengkawan dan tinggal 2 biji yg kak rose buat sirap rebus ni.... heavennya dapat makan sirap yang sejuk2 ni....

godek2 resepi dan dapat kat rumah CMG, tp sebenarnya cuma rebuskan nenas tu dan buh gula secukup rasa pada tekak sendiri..... apa pun kak rose cnp kan resepi dari CMG ni buat kengkawan yg nak mencubanya.... mekasih ya Mat.

Bahan-bahannya:-

1 biji nenas sederhana besar
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
1 cawan air
Air batu secukupnya
Air masak mengikut keperluan
Setitik dua pewarna kuning (kak rose omit yg ni.... warna asli u!)

Cara membuatnya:-
  1. Nenas dikupas, belah 4, buang empulur, kemudian potong kiub sederhana besar. Kemudian masukkan nenas tadi dalam periuk, satukan gula, 1 cawan air, daun pandan dan pewarna kuning. Masak atas api sederhana 15 - 20 minit. Angkat dan sejukkan.
  2. Kemudian, dalam jag air, masukkan no. 1 tadi dan curah air mengikut keperluan. Tambah air batu..kacau biar manis serata....Lepas tu tuang dalam gelas dan boleh leer...belasah!!!!
dah selamat dah nenas ni jadi sirap yang sangat heaven dihirup sejuk2..... ada sapa2 nak join kak rose?

4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Rose. Ini adalah ikhtiar kita kalu nak menghabiskan nenas yang tak laku kat rumah, hihi

Kasih Ibu said...

a'kum kak ros...aduhai berselera sungguh tgk air nenas akak ni.klu kat kg ni selalu mak buat air nenas...minum sejuk2 pula...bestnya...

faridah khamis said...

aiskrim Malaysia nenas.. ! dap nya. ..!

faridah khamis said...
This comment has been removed by the author.