Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 24, 2012

Ayam goreng kunyit daun kari

salam dan selamat menjalani ibadah puasa hari ke empat.... lajunya masa berjalan kan, namun syukur Alhamdullilah masih diberi peluang untuk melalui bulan yang penuh kebaikkan ini. ayam goreng ni kak rose buat untuk makan malam semalam.... tp tu la x dapat nak makan masa panas2 la sbb makan nasik pun lepas balik dari solat tarawikh... tu pun perut rasa kenyang sbb banyak minum air. goncang perut dibuatnya! resepi ayam ni kak rose buat bila nampak tayangan amal dari dapur CMG... mekasih ya Mat share resepi ni dan kak rose mintak izin nak panjang2 kan kat sini lak...


BAHAN-BAHANNYA :-
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana (kak rose guna 2 keping whole leg)
1 camca besar serbuk kunyit (mat guna serbuk kunyit ADABI)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris (x de kak rose ganti ngan cili api)
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..

16 comments:

NenetPenne (NP) said...

terliur pulak....

Farraa....... said...

salam Kak Rose :) saya Farraa baru follow u r blog. Cari resepi tuk berbuka. Salam perkenalan.

Cik Puan Izan✿ said...

berseleranya tgk... bagus jgk idea ni utk berbuka...

Qasey Honey said...

slm kak Rose...tliur pulak dbuatnye...hehe...time sahur suka lauk jenis gini...bleh buat ratah skali...

Nuwairani Ismail said...

adeh kak rose...meleleh liur dibuatnya...

Leah said...

Salam Rose saya baru aja follow your blog :) Terima kasih dapat juga idea untuk masak buat berbuka atau sahur nanti.Semoga Allah memberi rahmat pada anda sekeluarga Amin 3X

Mas said...

sedappnyaaaa..
lauk yg paling laku kat rumah..
ayam goreng....

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Kak Rose said...

NP, boleh la cuba nnti

Kak Rose said...

Farra, salam kenal dan tq datang n follow... dah follow u jugak

Kak Rose said...

Izan, masak simple cenggini mmg laku jer bila2 masa kan.

Kak Rose said...

QH, ratah je pun ok..

Kak Rose said...

Nuwairani... bolehla buat untuk bukak posa nnti!

Kak Rose said...

Leah, tq singgah n follow... sama2 kak rose tolong panjang2kan resepi kawan2 untuk kita sama2 mencuba

Kak Rose said...

Mas... betul tu... anytime anywhere pun ttp laku!

cplud miera said...

as salam. wah, nmpk menarik sungguh menu ayam nih.. yum2. bole cuba ni. thanx share resepi ni kak :)