Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 16, 2012

Tom yam ayam

browsing kat Myresipi, terjumpa resepi pulak! terasa nak menghirup kuah tom yam, so buat lah dengan bahan sayur yang ada jer.... terpedas lak, padahal cuma 6 biji je cili api tu! adeiii!!!! resepinya, mekasih ya zara klate sharekan resepi ni dan kak rose cnp je tepek kat sini.

Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) (ikut kepedasan memasing la ya)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam (kak rose guna 1 1/2 kiub tomyam megi)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)(kak rose cuma buh tomato n carrot jer)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

3 comments:

Si Matatajam said...

Sedapnya... M mmg suka mkn tomyam ayam.. Nnt nak try la resepi ni.. Dah siap bookmark. Hu hu... Tq for sharing...

kasihredha said...

saya selalu x jadi kalau buat tomyam kak...suami saya yg terer masak tomyam...sib baik :)

dewi mardhiah Zainal said...

Memang sedap resepi akak..saya dah try tq kak :D