Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 3, 2012

Apam gula merah

suker hati bila tengok apam gula merah yang dibuat kembang mekar setaman... buat apam ni untuk bawak balik kampung masa kenduri hujung minggu lepas tapi nak jugak tepek kat sini wpun dah lama jadi bahan kumbahan.... x pe kan, saja buat tatapan dikemudian hari.... resepi juga yg pernah kak rose buat dulu dari rositamz @ Myr, mekasih ya dan kak rose kongsikan sekali lagi kat sini untuk yang nak mencuba....

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )
  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

Cara-cara
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
buat jugak kuih tepung pelita untuk bawak balik kg guna resepi ini.... 80 biji mangkuk plastik kecik2 ni yg masih tersusun dalam fridge sebelum dialih ke polistrine box. kak rose buat sebelah malam dan bawak balik esok paginya.

3 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaykumwbh kak Rose dear....

Waaaaaaaaaaa balik kg dgn apam n kuih tpg pelita, yum3,.....sedap dap dap nye........


Vongkos apam kat ayu je, tk byk, 13 butir je...:))

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Rose, mekar berseri2... suka tepung pelita tu..

Lawa Collections✿ said...

kemain mekar lagi apam kak rose... terliur di buatnya...