Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 17, 2012

Bingka crackers

lama dah teringin nak rasa bingka crackers ni... bila nampak kawan2 tayang lagilah.... sejak semalam lagi dah bookmark tp x terbuat jugak, dan pagi ni barulah terlaksana impian nak buat.... sebenarnya yg lebih ialah nak makan la tu kan... bila baca review yg bagi tumbs up kat bingka ni, mmg x salah lagi. x rugi mencubanya... mekasih pada kh267tm@myresipi yg mula kan resepi bingka ni dan semua yg telah mencuba... dan yg ni kak rose cnp dari rumah cikgu hana. mekasih ya nduk!

BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.

** kak rose ikut tuan asal resepi yg masak sekejap atas dapur dulu adunan baru masuk dalam oven

pagi2 kak rose dah godek buat bingka ni.... x sempat nak tunggu sejuk betul dah potong, leh terus wat sarapan

7 comments:

ibundo said...

Salam rose. hmmm.. cream crackers pun boleh dibuat bingka ya..

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiknyaaaaaaa bingka Kak Rose, licin jer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang sedap ni kak rose...

Kak Rose said...

ibundo, tu la kreatifnya sifu2 masakan kat maya ni.... so kita pun boleh blaja sama!

Kak Rose said...

Sari Yusa, yg penting rasanya sangatlah umphhh gitu!

Kak Rose said...

Madiha, pd sap2 yg dah cuba pasti tau rasanya kan... x rugi mencuba!

MY MintRoom said...

Tak tahu pulak ada resepi yang guna cream cracker untuk buat bingka...boleh lah perabih cream cracker kat umah ni ke bingka. Cream cracker pun tak berapa jalan kat unmah ni. terima kasih.