Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 31, 2012

Tepung pelita

hari yang sangat x larat.... dah menjelang petang hampir waktu berbuka dah, kepala rasa macam nak berpusing.... dan rasa macam nak muntah jer... janganlah terjadi macam hari tu lagi yg rasa loya sangat2 tu... lepas makan tadi rasa macam dah kurang sket tp rasa loya tu ade lagi.... harap2 x berpanjangan dan dapat meneruskan ibadah puasa dibulan mulia ini....

buat tepung pelita ni tengahari tadi, dapatlah sejukkan dulu sebelum dingap masa bukak posa tadi.... buat satu adunan, masuk dalam gelas kecik2 ni 6 biji jer selebihnya kak rose buh dalam mangkuk plastik kecik2 tu... gelas kecik ni mmg ada 6 biji jer pun! dan cuma yg dalam gelas jer buat kami 3 beranak, selebihnya kak rose bagi pada dua jiran sebelah rumah. resepinya kak rose masih guna yang sama, dari Yani@Myr, cuma bila ternampak ita masam manis buh dalam gelas cam ni kak rose pun nak ikut jugak.... tapi punyalah sememeh jadinya.....

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

3 comments:

faa.rosli said...

best best best..faa pon da try..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapkannn.. kita dah buat juga..

Amie said...

Tepung pelita moden... siap ada sumbunya....