Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 1, 2012

Kung pao chicken

salam dan selamat petang semua.... seharian konon x nak bukak komputer sbb semalam main game sampai sakit tangan n kepala. tapi kan dinia zaman sekarang mana boleh hidup tanpa komputer kan. pagi td g tesco, soping barang sket dan balik terus lah ngadap menda ni sambil pot-pet dengan kawan yang datang rumah sampai terlupa nak mengupdate rumah sendiri!

kung pao chicken ni kak rose buat petang semalam, tp baru nak masuk entry hari ni... petang semalam dengan sakit kepala yang sangat2, x dapatlah nak masukkan entry.... sampai solat terawih pun terpaksa bye bye. lepas berbuka terus telan panadol n rehat banyak2.... Alhamdullilah, hari ni dah ok.

resepi ulang tayang kung pao chicken yang sedap ni kak rose amik dari hana dan pernah tepek kat sini. sekali lagi kak rose kongsikan kat sini...

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis (kak rose sedikit kicap pekat)
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
(kak rose tambah bawang besar )

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

2 comments:

Oh Rojak said...

nyum..nyum..

GreenJade said...

sedap nye..nk try lah esok lusa.