Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 9, 2012

Biskut coklat urai

salam dan selamat pagi semua.... dah masuk fasa ketiga ramadhan dan bila tengok kat mesjid pun jemaah muslimah makin berkurangan... agaknya memasing sibuk membuat persiapan hari rayakan.... ya lah selagi x raya selagi itu lah semuanya nak disempurnakan. dan kak rose pun kena lah jugak merajinkan diri untuk mengukis dan hasil pertama yang kak rose cuba semalam biskut cokelat urai dari Qasey Honey ni....

tp ada kisah nya disebalik kejadian biskut ni...itu lah kalau membaca x abes, cuma tengok sukatan bahan2 je dah konfiden nak buat dan hasilnya sendiri mau ingat la kan.... sukatan tepung tu adalah sangat banyak untuk adunan ni dan nasib baik belum masukkan semua tp dan nampak macam keras sket.... bila baca semua coretan QH tu barulah tau tepung x perlu digunakan sepenuhnya.... dan kak rose punya masih berbaki 120gm pun dah nampak cam keras... terpaksa lah kak rose uli semua dengan memasukkan sedikit butter.... nasib baik menjadi elok dan x lah keras kejadian biskut ni.... huh! urut dada kak rose! pas tu barulah baca kat blog Naz... mmg kena kurangkan tepung!

resepinya kak rose cnp dari QH, mekasih sharekan resepiya ya... dan untuk kengkawan yg nak cuba.... ni dia resepinya.

BISKUT COKLAT URAI
Oleh: Chef Jamaliah Ahmad
Sumber: Majalah Rasa (Selera Syawal) Ogos 2011
Anggaran 40 – 50 biji

Bahan2
250gm mentega
140gm gula halus
2 biji kuning telur
480gm tepung gandum + tepung red rose (kak rose guna 360gm jer, tu pun keras sket, terpaksa uli balik dgn menambah sedikit butter!)
50gm serbuk badam
50gm serbuk koko - QH guna van houten
2 sudu teh esen vanilla
Sedikit coklat urai – untuk hiasan

Caranya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.
3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit). Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.
4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.
5. Taburkan dengan corak urai di atasnya dan bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

Info Chef: Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan biskut ke dalamnya.


14 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantekkk biskut choklat urai ni kak rose nanti nak cubalah dan ikut nasihat kak rose jangan letak tepung banyak ehe.. terima kasih share resipi

Rohah said...

kompem sedap biskut nie..

Qasey Honey said...

asslm Kak Rose...tima kasih sudi mcuba biskut ni...mmg adunan tepung utk biskut ni kena dikurangkan..sbb msa buat tu tepung xabis lg tp adunan dh elok utk dicanai n terap...nsib baik masa tu QH x masukkan terus tepung tu semua..

cantik la biskut yg akak buat tu..lg elok dr yg QH buat...^__^

Sari Yusa Ibrahim said...

haaa.. tu dia biskut raya, rumah saya belum ada.. nanti sya raya rumah Kak Rose ya... ;-))))

adda syuhada said...

nampak simple jer biskut ni...comel pun comel...konpem sedap ni kan Kak Rose...

Naz / Nadz COSK said...

Yuhuuuuu kak Rose... Assallamualaikum.. Oooooo...akak pun dah buat biskut ni eh? Aaahh..tepung tu banyak utk jumlah butter yg kita gunakan tu kan.. Hehehe..sib baik akak pandai tambah butter lagi utk lembutkan balik doh tu...
Cantik bentuk biskut akak ni..

Kak Rose said...

Hayati, cubalah... x rugi tau.. sama2 kita share resepi kengkawan ya

Kak Rose said...

Rohah, betul tu!

Kak Rose said...

QH, tu la baca x abes... macam konpiden jer! nasib baik boleh diselamatkan!

Kak Rose said...

Sari, jeles gak tengok sana sini tayang sekut raya... nak jugak buat!

Kak Rose said...

adda, cubalah... kalau virus tu laju jer merebaknya pasti sedap!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naz... tu la padahnya kalau ngaji x abes...sendiri mau ingat la...

norlieharumaini said...

sedapnya biskut ni....

~~zana@pb~~ said...

Kak Rose, itu kerja kakpb tu...kalau baca tak abis, nak cepat je, akak la orangnya....haha. Bila dah keras, baru tau silap kat mana.

Selamat Hari Raya kak rose, maaf zahir batin (takut tak sempat nak berblog bila balik kampung)