Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 8, 2012

Ikan merah bersos asam jawa

salam dan selamat pagi semua... pagi2 subuh nak menayang lauk petang semalam. masakan ulang2 tayang tapi nak jugak letak kat sini. rasanya lama dah x masak ikan dalam sos asam jawa ni. mmg kena betul dengan nasik panas2, x yah santan bagai dan yg pasti x muak menikmatinya... tp bulan posa ni, makan sket pun dah kenyang, apalagi macam kak rose makan pun dah lewat pas balik dari terawih... tu yg x brapa nak makan. perut kenyang dek minum air! buat ikan ni 2 keping je pun, tapi sampai boleh anak makan untuk sahur!

resepinya dari leen yg dah menghilang dari dunia blogging ni.... entah kemana menghilangnya ya tp resepinya tetap menjadi kegemaran kak rose n keluarga. terima kasih ya.

Bahan-bahan:-
1 ekor Ikan Siakap (kak rose ganti ngan ikan merah)
1-2 labu Bawang Besar **
4-5 ulas Bawang Putih **
Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
(tapi leen belasah semua sebiji) (kak rose guna cili merah n hijau jer)
7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
(tomato dipotong dadu - yg ni kak rose tambah spt yg leen suggset tu)
** - cincang kasar

1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-
-Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
-tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau
(leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
-masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
-dah didih dan cukup semua rasa, leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu, dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
-tuang atas ikan tadi
-sedia dihidang...

nota: lainkali leen nak tambah tomato cincang atau nenas... mesti lagi sedapppp!...
cuba korang try....

8 comments:

inazamri said...

Bulan puasa ni baru 2kali je family saya mkn ikan.Tu pun tak bape laku.Hari2 anak2 nak ayam.Kalau nak makan ikan siakap lak mesti mkn diluar.Posa2 ni mmg malas nk berbuka di luar.Dah dpt idea ni..leh la try masak siakap sdiri dgn resepi ni.Tq

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak. Kami kalau lauk macam ni, nasinya makan sikit jer sebab nak ratah ikan, hehehe

faa.rosli said...

sedapnye..kalo ganti ayam pon boleh ni kan?

Kak Rose said...

inazamri, ikan siakap pun sedap gak buat cenggini... kak rose pun prefer bbuka kat umah je.

Kak Rose said...

Sari, kalau perut lapo apa pun sedap dan resepi ni x muak mmg boleh ratah dengan segala sampah sarapnya tu!

Kak Rose said...

faa, x pernah lak try dengan ayam...tp x salah mencuba kan!

sarah said...

sedap je tengok gambar tu..tengah2 hari nih..hmmm

Kak Rose said...

Sarah, perut lapo tengok apa pun sedap!