Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 13, 2012

Puding roti karamel

slama pagi isnin semuanya.... harap2 semuanya berjalan lancar dan ceria saja dalam menjalani ibadah puasa yang tinggal x berapa hari saja lagi. Alhamdullilah masih diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia ini. puding roti karamel ni kak rose buat hari jumaat lepas tp x sempat nak buat posting kat sini.... entah apa yg bz sangat. resepi puding ni kak rose amik dari rumah Nor secubit garam, sedap sangat disuap masa bukak puasa.... sejuk dan nyaman jer. Nor, rosaliza tuan punya resepi asal dan hana yang telah mencuba, mekasih ya dan izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini lak.

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, Nor Secubit Garam

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

No comments: