Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 26, 2012

Kuih lapis

salam hujung minggu semua.... dah habis beraya tp masih malas nak mengemas rumah maya ni. bila dah lama x mengupdate mmg susah la nak mulakan balik kan... buat kuih lapis ni petang td untuk minum petang, so nak jugakla tepek kat sini.

resepinya kak rose pernah buat, tp versi pelangi dengan kaler yang terang benderang, tp kali ni kak rose cuma buh kale ijau jer dan yg kuning tu warna asal tepung kastad. jimat kaler, yang sebenarnya malas la tu! mekasih pada hana kak rose cnp resepinya ya.

Bahan-bahan: (dengan acuan kecik2 ni kak rose dapat 20 biji)
  • 2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad - hana buh tpg jagung (kak rose pun)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu ( x buat pelangi, cuma buh kaler ijo jer!)

Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak.


4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Dah penat makan kuih raya kan kak ros..kita buat yang traditional pulak.

myda_ahmad said...

hijau,my fav colour..cantik kejadiannya....jom singgah blog saya...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..

Selamat hari raya kak.. Wah, cantik kombinasi kaler hijau dan kuning tu. I like!
Betul tu kak.. Naz pun masih dlm mood malas nk update blog setelah lama bercuti..hehehee...

Deena Yahya said...

Pandai wat kuih ni..terletak cantek..ni faveret sy ...kak ros,silala lawat blog saya klu sudi. www.madeenayahya.blogspot.com