Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 3, 2012

Lempeng pisang kelapa

menu minum petang semalam yang sihat.... x berminyak jer terus katakan menu sihat. betul ker cam tu.... apa pun sedap banget ngadap lempeng pisang bersama secawan nescafe dipetang2 hari aka dinner sekali. buat lebar2, so makan sekeping pun dah kenyang.... lempeng pisang kelapa yang lemak dengan kelapa dan manis2 pisang+gula tu... ada belen pisang tu nnti kalau rajin leh wat lagi... atau buat cekodok ker.... ishhhhh asik ingat makan jer!

resepi kak rose ikut Ummi, mekasih ya dan mintak izin nak tepek kat sini lak.... buat rujukan bila2 nnti nak buat lagi.

Bahan:-
  • 5 - 6 biji pisang emas ranum saiz sederhana besar (dilenyek dengan gula di bawah)
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kelapa muda parut
  • sedikit minyak
Cara Membuat:-
Gaulkan saja semua bahan sekali hingga sebati. Tak perlu letak air dah ni...Panaskan non-stik pan , titiskan sedikit minyak masak. Letakkan 3 sudu besar adunan ke atas kuali dan ratakan jadi bulat, biar sedikit tebal. Masak dengan api perlahan. Balikkan bila satu bahagian telah masak kekuningan. Angkat bila kedua-dua bahagian telah masak.

ada separuh lagi pisang ni.... kalau rajin esok2 leh wat cekodok pulak!

4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Rose, buat Banana Square Choc Bottom, sedappppp!! Tapi cekodok pun sedap..

lempeng tu makan gitu2 pun sedapkan..

Uncle Lee said...

Hi Kak Rose, I da lama ta'makan ni......
I think the last time I had it was in Kuantan wayyyy back in the '70s.
Yours looks so good!
Lee.

E-na Zarina said...

lama tak mkn lempeng...kids kurang suka tapi banana tu fav bdk2 ni...

n0vemBer zuLu said...

oh my i love lempeng lama x mkn laa