resepi kak rose ikut Ummi, mekasih ya dan mintak izin nak tepek kat sini lak.... buat rujukan bila2 nnti nak buat lagi.
Bahan:-
- 5 - 6 biji pisang emas ranum saiz sederhana besar (dilenyek dengan gula di bawah)
- 3 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan kelapa muda parut
- sedikit minyak
Cara Membuat:-
Gaulkan saja semua bahan sekali hingga sebati. Tak perlu letak air dah ni...Panaskan non-stik pan , titiskan sedikit minyak masak. Letakkan 3 sudu besar adunan ke atas kuali dan ratakan jadi bulat, biar sedikit tebal. Masak dengan api perlahan. Balikkan bila satu bahagian telah masak kekuningan. Angkat bila kedua-dua bahagian telah masak.ada separuh lagi pisang ni.... kalau rajin esok2 leh wat cekodok pulak!
4 comments:
Kak Rose, buat Banana Square Choc Bottom, sedappppp!! Tapi cekodok pun sedap..
lempeng tu makan gitu2 pun sedapkan..
Hi Kak Rose, I da lama ta'makan ni......
I think the last time I had it was in Kuantan wayyyy back in the '70s.
Yours looks so good!
Lee.
lama tak mkn lempeng...kids kurang suka tapi banana tu fav bdk2 ni...
oh my i love lempeng lama x mkn laa
Post a Comment