Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 27, 2012

Manisan petang semalam punya....

manisan kegemaran sepanjang masa... buat untuk bukak posa petang semalam, bila makan sejuk2 rasa sangatlah nyaman... resepinya dari nduk hana yang kak rose dan buat berkali2... tp mmg x kan pernah jemu dengan bubur som som ni... ni lah bubur lepas kenduri orang jawa!


Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt) (ni kalau nak buat som som dengan perasa pandan..)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

8 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam kak rose
cantik kejadian manisan tu bolat dan licin lagi macam nak sudu kan ja sesudu heeee

adda syuhada said...

comel jer nampak..nk makan pun syg..takut hilang plk kebulatan dia tuh..kihkih

Amie said...

Cantik! Nampak bolat terletak....menarik!

azieazah said...

Wahh memang sedap Bubur Som
Som nih. Saya pun dah lama tak buat. Dulu masa zaman anak dara pernah
nak buat, terlalu yakin konon saya buat tak guna santan. Hahaha akhirnya
MyBonda terpaksa 'repair' masakan saya tuh..
Sejak tu dah ingat dah..
Harus nak cuba niihh...

Kak Rose said...

Noor, yg penting rasanya kan... makan sejuk2 mmg nyaman banget!

Kak Rose said...

adda, dah lapo x de nyer nak sayang bagai.... azan jer terus ngap!

Kak Rose said...

Amie, guna mangkuk kecik2... x yah nak potong2... amik jer sorang satu, abis citer!

Kak Rose said...

Azie, guna resepinya pasti Bonda pun suka... x yah nak repair lagi dah... pasti menjadi.

cuba lah!