Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 4, 2012

Lemak cili api udang ngan nenas

menu semalam yang sangat pedas berapi.... masak lemak cili api udang dengan nenas yang bawak balik dari kampung. kak rose buat masak lemak ni mmg suka cara negeri sembilan yg x guna bawang segala.... tp dah terlebih pedas pulak... actually buh 5 biji je cili api tu pun, tp agaknya mmg jenis cili ni yg sangat pedas berapi.... pijar bibir dibuatnya or agaknya mmg kak rose yg x tahan pedas!

resepi ni kak rose cnp dari rumah Azli Razali, tp kak rose guna udang yg besa2 je... ada yg suggest tambahkan kerisik dalam gulai tu, nnti len kali boleh cuba lah.

Bahan-bahan

500gm udang harimau (kak rose guna udang besa2 jer)

3 ulas bawang kecil (kak rose x letak)

1 genggam cili api (buh 5 biji jer pun dah pedas berapi!)

1 inci kunyit segar

700 ml santan segar/kotak

½ biji nanas muda

Secukup rasa garam

(kak rose tambah sebatang serai)


Cara-cara penyediaan

1. Potong nenas kecil-kecil kemudian rebus , tapis dan ketepikan.

2. Kisar cili api, kunyit, bawang merah dengan 1 cawan santan. (kak rose tumbuk guna lesung batu)

3. Masak bahan kisar dan lebihan santan sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan nenas dan udang. Biarkan mendidih

5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

masak lomak cili api udang dengan noneh yg podeh berasap tp sodap!

4 comments:

maszull said...

assalamualaikum kak ros....memang sodap nyer...:)

zila norazila said...

sedapnya kak ros..lapooo nie:)

faa.rosli said...

my feverett! srruuppp!

kasihredha said...

sedappppp...suke
masam2 manis tambah pula udang...perrggghh