Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 30, 2012

Puding cendol gula melaka

Salam dan selamat petang semua.... tentunya sedang berpikir2 nak masak apa petang ni kan.... apa kata sediakan puding cendol gula melaka macam yang kak rose buat petang semalam... sebetulnya ada baki cendol yang kak rose buat ari tu dan bila terpandang puding ni kat rumah Nieza, terus lah kak rose godek jadikan puding untuk manisan bukak posa semalam.... makan sejuk2 mmg sangatlah nyaman dihari yang sangat panas.

resepinya kak rose cnp dari Nieza, mekasih ya dan kak rose sharekan kat sini lak. tp kak rose nyer kemet jer sbb kak rose guna acuan mangkuk kecik2... apa pun rasanya mmg best, macam makan cendol tp dalam bentuk yg sedikit pejal!

Bahan untuk lapisan bawah:
120 gm agar-agar yang telah di rendam

Seliter air

200 gm gula Melaka

Bahan-bahan lapisan cendol:

120 gm agar-agar yang telah di rendam

750 ml air

250 ml santan

120 gm cendol

Sesudu teh garam halus

(kak rose buat separuh adunan jer...)

Cara-cara memasaknya:
Untuk membuat lapisan bawah: masak agar-agar bersama air dan gula Melaka sehingga larut.
Setelah larut tuang kedalam bekas atau acuan pilihan dan sejukkan.
Untuk membuat lapisan cendol: didihkan air bersama agar-agar sehingga larut.
Kemudian masukkan santan, gara dan cendol, kacau rata.
Setelah siap dikacau rata, tuangkan di atas lapisan bawah yang telah disejukkan tadi.
Sedia untuk dinikmati setelah disimpan didalam peti sejuk.

4 comments:

Nur-nba said...

Salam.. Sedapnya Kak Rose.. Baru lihat di blog Nieza tadi.. :)

inazamri said...

cantiknya puding cendol tu.pasti sedap

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose..terasa2 sedapnya masuk kedlm anak tekak.huuuuuu

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, wow! I suka la ni! Never tried before, but love anything that has gula Melaka.
This is very original! Never seen before.
I sure am impressed with your outstanding, impressive recipes!
Wish I am your neighbour, ha ha ha.
Have a nice day,
Lee.