Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 27, 2012

Sambal sotong kacang tumbuk

Asalamualaikum dan selamat dipagi hari Jumaat yang mulia. selesai sudah ibadah puasa kita yang keenam dan insyaallah hari ini genap seminggu kita berpuasa. dan hari ini giliran pertama kak rose untuk menyediakan moreh untuk mesjid kat sini.... so hari ni kena bersilat awal la kat dapur.... mudah2an dimudahkan segala urusan kak rose hari ni...

berbalik pada menu untuk juadah berbuka puasa ni, kadang2 mmg jenuh pk nak masak apa.... tp nasib baikla ada intenetkan, soh je pakcik google cari resepi apa bahan yg kita nak masak. macam resepi sotong ni, bermacam2 resepi ado, yang menjadi pilihan kali ni ialah dari dapur CMG.... tp x de nya kak rose nak tumbuk kacang tu, ada kemudahan so kita guna la kan....memudahkan keja atau kak rose mmg malas?..... walaupun ada allergic to seafoods tp pas tu mmg kana amik ubatlah... bersedia untuk tidak menggaru sepanjang malam! mekasih ya mat, kak rose cnp resepinya kat sini pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sotong, kerat dan cuci, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar kacang tumbuk
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan (kak rose gantikan dgn kiub pati ikan bilis)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Panaskn minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tambah sos cili dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa. Kacau dan biar pekat sedikit. Masukkan bawang besar dan kacang tanah. Gaul rata.
  3. Tambah sotong, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat. Hidangkan dan kalau suka boleh tabur sedikit kacang tumbuk atas sambal tadi...

5 comments:

Torviewtoronto said...

yummy squid dish

Mas said...

perhhh...menggoda betoi Sambal sotong kacang tumbuk kak rose tu...

Azian Nd said...

pernah msk dengan sotong kembang mcm ni tapi belum dgn sotong biasa ni...

Aziela said...

wah....tak terfikir plak nak buat dengan sotong basah. Biasanya dengan mak kita buat dengan sotong kering tu...

Unknown said...

sedap nampak smbal sotong tu makan dengan nasi lemak mmg besttt tu..