Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 3, 2011

Baby bread pudding

salam dan selamat pagi semua.... sarapan apa pagi ni?.... since hujan n x dapat nak g briskwalk tu, ari ni kak rose rajin sket buat lagi fluffy pancake untuk sarapan bersama anak jiran yg datang tido temankan kak rose kat rumah.... ( nor... mmg sedap sangat pancake ni... rasanya resepi ni akan terus menggantikan yg dpd hajar tu....) ya lah sejak kes semalam tu rasa takut yg teramat dan sangat berterima kasih pada ana yg pinjamkan anak daranya buat teman kak rose... dan icha dah janji anytime dia boleh datang lagi.... tq sangat2!

baby bread pudding ni kak rose wat ari selasa tu untuk minum petang... dan ingat nak buat entry semalam la..... tp dek kes semalam terus x de mood nak post.... so ni kiranya entry tertunggak dan tinggal bekas je la ya, puddingnya dah jadi baja kot.... resepi kak rose amik kat Myr oleh fida. sedap n simple nak buatnya... ada roti baki2 tu jangan dibuang, boleh buat puding sedap nih! mekasih ya fida dan kak rose nak sharekan resepinya kat sini pulak... ada jugak buat dulu kat sini.

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin
sejak dah jumpa sm ni... asik guna acuan ni jer.... senang x yah sapu butter bagai!

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

15 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak rose,,,
nani datang ni,, nak makan baby bread puding sket bleh.. ehehe.. pantang lepas makan nani pantang balik.. tau..

wahhhh.. comeynyeeeeerrr memang macam baby.. silicon tray tu lagi comey.. senangkan.. kalau idak mmg kena letak butter sket kan.. kalau silicon tak yah dah, senang.. tapi harga nye mahal sket kan.. mmmmmm...

Kak Rose said...

waalaikumsalam nani, rehat n pantang dulu ya... kasi elok betul2 barulah nak makan2 semua.... tp roti x pe kan...

ni satu2nya sm yg kak rose ade.. mmg mahei tp sungguh menyenangkan keja!

cik cek said...

Kak Rose....
Comelnya bread pudding...ada kaler2 lagi....:D

lina_pg said...

menarik kalerpul gitew..BBP ni mmg sedap sgt

eliyaezlinalias said...

alolololo comey nyer brd puding tuuuu

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah sedapnya hujan2 ni.Kalau dekat kita pun sudi temankan.

Kak Rose said...

cik cek, bagi menarik dimata dan tekak jugak...

Kak Rose said...

lina, tu yg ulang2 buat... sedap!

Kak Rose said...

eliyaezlinalias... cubala... sedap taw!

Kak Rose said...

Ros, makan masa hujan bersama secawan nescafe panas2... mmg umphhh!

Nurul said...

K Ros, comeynya tgk baby bread pudding tu... :)

Anonymous said...

Salam Kak Rose, Syukran Kak Rose ada peneman dirumah jadinya kuat semangat berani kembali.

Cantik sungguh baby bread pudding berwarna-warni ceria rupanya, cuaca sejuk disini pasti sesuai banget sebagai manisan berminum petang, Ratna akan cubai nanti!

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Nurul, yg penting sangat sedap taw!

Kak Rose said...

Ratna, tq for ur concern

selamat mencuba puding yg simple n sedap nih... kalau sampai kat tangan Ratna pasti lagi vogue jadinya!

K.Nor said...

k.rose.. nor dah kata, fluffy pancake tu dah mengalahkan pancake hajar .. nor mmg akan stick dgn resipi ni terus... mmg puas hati kan

hehe.. dah jatuh cinta dgn SM ya... :)