Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 10, 2011

Puding kasih bertaut

salam dan selamat petang... panas sungguh kan cuaca hari ni... so mari sejukkan tekak dengan puding kasih bertaut ni.... tp ni versi yg serebeh punya.... resepi yg turn out begitu cantik tp bila dapat kat kak rose lain pulak jadinya... dah puas berhati2 dan bila tengah tuangkan bahan B tu baru tersedar that puding yg A tu telah letak terbalik..... aduyaiiii!!! jangan gelak ya kawan2.... pas tu amik garpu dan terkocoh2 terbalikkan semula.... jadilah serebeh, ada yg pecah2 sikit.... tu yg nampak timbul terapung serebeh2 tu....

puding ni dah ada kat banyak rumah.... tp baru ni nak sampai kat rumah kak rose... pagi td nampak kat Finland yg terus teruja nak buat... tp kejadiannya spt yg kawan2 nampak tu la... resepinya kak rose cnp dari rumah Nieza... mekasih pada semua yg sharekan resepi ni ya..


source: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais


nasib baik mangkuk love yg kecik ni sempat tebalikkan dulu puding A sebelum tuang bahan B tu.... so x la serebeh sangat kan.

8 comments:

cik cek said...

Kak Roseeee...cantikkk...comelnya...geram lak cek tgk...kalau mkn puding ni...kasih lagi bertaut kan Kak Rose....:)
Nama menarik...puding cantikkkk....

tun_telani said...

kak rose ^^ tun suka rasa santan dlm puding tu.. tun masa wat ni sepah2 jugak, sbb susah nk kuarkan puding2 chomey tu dr acuan kecik2..

Nieza said...

wahhh dah sampai sini dah puding kasih bertaut ni kak...jauh kasih kita bertaut kak rose...hehe oklah tu kak...nieza nampak cun dah rupanya tu..tak ada pun cacat celanya kak...:)

♥MAMASYAZA♥ said...

memang cantik le akak, nak makan pun rasa sayang...hehehehe

Kak Rose said...

cik cek, love love gitu kan... pandai kan tuan punya resepi ni bagi nama...

Kak Rose said...

tun, lemak2 dalam santan tu yg bagi tambah sedap kan... dan berserebehnya kan kak rose nyer tu...

tangan amatur!

Kak Rose said...

Nieza, biar bertaut kasih yg jauh...cam puding ni kan....

tangan gelojoh cenggini le jadinya.... asalnya munger2 tu terbalik... ha ha ha kantoiiii!

Kak Rose said...

mamasyaza, he he he... dah nak abes dah... yg beso tu bagi kat kawan...